Tuesday, June 2, 2009

Setahun…

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Sudah hampir setahun saya menjadi penasihat persatuan. Banyak pengalaman yang telah saya lalui bersama dengan AJK-AJK dan juga ahli-ahli INFORMS secara keseluruhannya. Pengalaman ini merupakan perkara yang paling berharga dan ia sedikit sebanyak telah mematangkan minda saya dari pelbagai sudut. Saya akui pada mulanya terdapat pelbagai kelemahan dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa saya mula memegang jawatan ini tetapi kelemahan tersebut telah dapat diatasi dari semasa ke semasa dengan bantuan AJK-AJK persatuan. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa saya memegang jawatan ini adalah seperti INFORMICE, Program Cabaran INFORMS Boleh! Mendaki Gunung Kinabalu Sempena Sambutan UITM ke – 50, Open Mike Day, Futsal 2009 dan juga Info Hunt. Alhamdulillah, aktiviti-aktiviti tersebut telah dijalankan dengan jayanya. Bagi saya, sepanjang pengalaman menjadi penasihat persatuan, komitmen daripada AJK-AJK INFORMS adalah amat penting. Presiden INFORMS memainkan peranan yang amat penting dalam menjaga anak buahnya supaya aktiviti fakulti berjalan dengan lancar dan sempurna. Komitmen daripada AJK-AJK INFORMS juga amat penting bagi membantu Presiden untuk mempastikan program dijalankan tanpa sebarang masalah. Jadi secara keseluruhannya, semua pihak perlu memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan aktiviti fakulti. Saya berharap AJK-AJK INFORMS dapat memberikan kerjasama kepada penasihat persatuan yang baru dilantik iaitu Puan Norlida binti Ismaily. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam membantu saya manjayakan akitiviti-aktiviti yang telah diadakan. Semoga tuhan dapat membalas jasa kalian.

Sekian, Terima kasih.

Mohd Rafiz Bin Salji
Penasihat Persatuan
Fakulti Pengurusan Maklumat
UiTM Sarawak