Wednesday, April 1, 2009

Majlis Penutupan Information Hunt dan Career Talk

Hasil nukilan,
Mastuyah Bt Wahid
2008752567
ISD1U1


Kali ini pengarang membawa pembaca menyoroti peristiwa sepanjang Majlis Penutupan Information Hunt. Information Hunt? Mesti persoalan ini bermain-main di minda pembaca. Information Hunt ialah satu aktiviti dimana peserta bersaing di antara kumpulan masing-masing untuk mengumpulkan seberapa banyak informasi. Kumpulan yang memperoleh markah tertinggi akan mara keperingkat seterusnya. Diantara objektif diadakan Information Hunt ialah :

  1. Menguji kepandaian mencari, mengumpul dan menyimpan semua informasi yang dikumpul
  2. Memupuk nilai kerjasama di kalangan pelajar
  3. Menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan pelajar
  4. Menguji kemahiran analitikal pelajar berkenaan bidang mereka serta pengetahuan am secara keseluruhannya

    Majlis ini telah dijalankankan seperti berikut :
    Masa : 4.30 petang
    Tempat : Auditorium 1

Information Hunt adalah aktiviti tertutup dimana peserta yang melibatkan diri adalah dikalangan pelajar yang telah dipilih oleh pensyarah masing-masing berdasarkan kriteria-kriteria yang tertentu. Dua orang pelajar telah dipilih dari setiap semester untuk menyertai aktiviti ini. Berikut adalah senarai peserta.


KUMPULAN
ISD1U1

Mavis Viviena Ak Alvin Morris
Ebrin Ak Dana

ISD2U2
Md Shazwan b Mohd Aziz
Nurhazreen Ashykin bt Abd Hamid

ISD3U1
Azrin Abdullah
Mohd Syukri b ismail

ISD3U2
Paul Mathieus Ak Akin
Siti Norazimah bt Mohamad

ISD4U1
Mahaida Abd Manaf
Ahmad Tajuddin b Bujang

ISD4U2
Abg Ruby b Abg Yunus
Stacy Ak Roslan

ISD4U3
Mohd Redza b Yunus
Elizabeth Indut Ak Philip

ISD5U1
Grather Jason
Ivy David

ISD5U2
Md Iqbal Al-Farabi b Yahya
Haryati bt Prijono

ISD6U1
Md Azril Hafiz
Sophia Ngau

ISD6U2
Isabelle George
Siti Azyana bt Sabri


Berikut adalah keputusan Infomation Hunt :
Tempat pertama : ISD3U2
Tempat kedua : ISD1U1
Tempat ketiga : ISD5U2

Selain daripada penutupan Information Hunt dan penyampaian hadiah, petang itu juga telah disampaikan ceramah kerjaya oleh En Jamalludin b Hj Sulaiman iaitu Timbalan Ketua Pustakawan. Ceramah yang disampaikan adalah berkisar tentang kerjaya sebagai seorang pustakawan. Pelajar yang hadir pada petang itu berpeluang menambah pengetahuan tentang kerjaya yang bakal mereka tempuhi setelah tamat pengajian nanti.

Majlis penutupan ini telah dijayakan oleh pelajar-pelajar semester 1 bagi sesi Disember 2008 – April 2009. Penasihat projek ialah En Abdul Ismail dan beliau telah melantik Mohd Faizury b Abd Rahman sebagai ketua projek manakala setiausaha pula ialah Aisyah bt Manshor. Ketua projek telah memilih beberapa ahli jawatankuasa untuk memastikan majlis penutupan tersebut berjalan dengan lancar. Berikut adalah senarai jawatankuasa yang telah terlibat menjayakan majlis tersebut.

AJK Tekninal : Navin Sansom
AJK Makanan : Farhana Basilah
AJK Penyambut tetamu : Juliana
AJK Hadiah : Ayu Lestari
AJK Kupon : Mastuyah Wahid
AJK Kebersihan : Muhd Alif

Segala persiapan telah dilakukan awal oleh AJK termasuklah menempah auditorium, menyediakan peralatan elektronik, membungkus makanan, menyediakan kupon dan lain-lain lagi. Persiapan dilakukan awal dengan teliti supaya dapat mengelakkan sebarang masalah timbul. Namun petang tersebut, kehadiran tetamu adalah amat mendukacitakan semua pihak, terutamanya AJK. Setelah berpenat lelah merancang, sambutan daripada pelajar kurang menggalakkan. Namun AJK tidak putus asa dan menganggap ianya adalah pengalaman pertama yang sudah semestinya banyak kekurangan yang harus diterima dan diperbaiki pada masa akan datang.

Walaubagaimanapun, alhamdulillah segala perancangan yang telah dibuat berjalan dengan lancar dan majlis tersebut telah berakhir pada jam 6.30 petang. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar semester 1 kerana telah berjaya mengedalikan Majlis Penutupan Information Hunt dengan jayanya. Ini merupakan pengalaman pertama, dan diharap ianya akan menjadi titik tolak dan pengajaran dalam diri masing-masing untuk melakukan yang lebih baik pada masa-masa yang akan datang. Sekalung terima kasih diucapkan kepada En Abdul Ismail dan Cik Suhaida diatas tujuk ajar yang telah diberikan. Semoga kita dapat bekerjasama sekali lagi untuk aktiviti-aktiviti yang lain pada masa akan datang.

Ceramah kerjaya oleh En Jamalludin b Hj Sulaiman iaitu Timbalan Ketua Pustakawan



MC yang memeriahkan suasana

Pemenang tempat ke -3

Pemenang ke - 2

Juara pertandingan Info Hunt

Tahniah kepada pemenang

Antara penonton yang hadir semasa majlis penutupan Info Hunt