Wednesday, December 15, 2010

Amanat Pemegang Anugerah Naib Canselor dan Pelajar Terbaik Sesi Julai 2007


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali, saya bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah kurnia dan nikmat yang diberikan kepada saya serta kalian semua. Setelah berlangsungnya Istiadat Konvokesyen UiTM ke-73 tanggal 6 Disember 2010 lalu, saya merakamkan jutaan rasa terima kasih di atas pengurniaan 3 anugerah pada hari tersebut. Anugerah-anugerah tersebut adalah Anugerah Naib Canselor, Anugerah Graduan Terbaik Fakulti (Pengurusan Maklumat), dan Anugerah Graduan Terbaik Program (Diploma Pengurusan Maklumat). Sebelum ini juga saya telah dianugerahkan sebagai Pelajar Terbaik Program dan Pelajar Terbaik Keseluruhan pada Malam Pra-Graduan April 2010 lepas.

Dengan kejayaan yang telah saya kecapi sepanjang tempoh 3 tahun, bersamaan 6 semester, menuntut di UiTM Samarahan ini, ianya bukanlah satu perkara untuk dimegah-megahkan atau riak sekalipun. Saya menulis testimoni ini hanyalah untuk berkongsi rahsia kejayaan kepada rakan-rakan seperjuangan, terutamanya adik-adik yang baru menjejak masuk ke UiTM dan belajar mendalami ilmu Pengurusan Maklumat. Sebenarnya, fakulti dan program kita ini bukanlah satu program yang tidak laris menurut pandangan orang luar. Sebenarnya, Pengurusan Maklumat ini adalah satu tulang belakang yang seharusnya diterapkan di setiap agensi kerajaan mahupun swasta bagi menjalankan operasi tugas-kerja mereka dengan lebih sistematik. Oleh itu, diharap kalian semua berfikiran luas terbuka bahawa fakulti dan program kita ini amat diperlukan di pasaran. Peluang pekerjaan sememangnya menantikan graduan-graduan yang berkualiti dan berjaya terutamanya mereka yang menuntut di UiTM.

Setelah lama berceloteh, izinkan saya untuk memperkenalkan diri saya dulu. Nama diberi Mohammad Hafizzul Sulaiman,21, panggilan manja Hafiz, Fizol, Dedek, dan mana-mana gelaran yang boleh terima pakai. Anak jati Kuching, Sarawak ini kini melanjutkan pelajarannya di UiTM Puncak Perdana, Shah Alam dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian)(Pengurusan Rekod). Bekas pelajar SK dan SMK St. Joseph, Kuching dengan mendapat keputusan SPM 7A, 1B, 4C. Sebaik sahaja tamat pelajaran dibangku sekolah, saya meneruskan status sebagai pelajar di UiTM Samarahan dengan program pilihan pertama iaitu IS110. Kenapa IS110? Setelah mengkaji selidik mengenai latar belakang program ini semasa Expo Selangkah ke UiTM, saya benar-benar meminati bidang pengurusan lebih-lebih lagi Sains Perpustakaan. Tanpa rasa menyesal dan berfikir panjang, saya dengan yakinnya menerima tawaran tersebut dan belajar bersungguh-sungguh sehinggalah saya berjaya dengan memperoleh CGPA akhir 3.90.

Beralih pula dengan rahsia kejayaan, lagu mana che bole berjaya noh? Cuba baca 10 tips di bawah. Pernahkah kalian merealisasikannya? Saya pernah, anda?

Tip 1: Pengurusan masa yang berkualiti setiap hari. Jangan terlalu skema dengan menetapkan jam untuk anda belajar. Janji ada masa untuk belajar, ulang kaji, menyiapkan tugasan dan tidur yang mencukupi. Masa untuk enjoy dan suka-suki sila anjakkan ke hujung minggu ye.

Tip 2: Belajar secara berkumpulan sambil bertukar-tukar pendapat dan saling berbincang mengenai persoalan dan isu-isu bertepatan. Ini boleh membantu anda memahami dengan lebih dalam. Elakkan berbincang mengenai isu rumah tangga dan gosip artis-artis jer. Remember, sharing is caring.

Tip 3: Jadikan pensyarah anda sebagai mentor. Jangan segan silu untuk berjumpa dengan pensyarah anda jika terdapat keraguan. Jika malu bertanya, alamat sesat jalanlah nampak gayanya. Membodek pensyarah pula adalah satu perkara yang berlainan perspektifnya.

Tip 4: Sempurnakan segala tugasan atau assignment yang melambak bertimbun-timbun dahulu. Pastikan semua ahli kumpulan turut bekerjasama. Setiap tugasan ada markah, tak hantar, “I’ll deduct your marks.” Jangan lupa hantar on time, kalau tak, “I’ll also deduct your marks.”

Tip 5: Minat terhadap semua subjek. Bagi saya, semua subjek sepanjang 6 semester interesting. Cuba tumpukan perhatian dalam kelas dan tanamkan rasa minat terhadap subjek tersebut. Nescaya subjek tersebut akan menjadi satu subjek yang senang bagi anda.

Tip 6: Past final exam papers. Cuba jawab dan buat analisis soalan mana yang kerap keluar, soalan mana yang tidak pernah keluar, dan soalan mana yang mungkin akan keluar. Dalam kata lain, spot questions. Jangan buat paper Macroeconomy sudah.

Tip 7: Memahami lebih baik daripada menghafal sebijik-sebijik. Kita bukan i-robot. Tidak semua benda anda perlu hafal, poin-poin utama sahaja anda perlu diingat. Cuba paham konsep poin tersebut dan huraikan menggunakan ayat sendiri yang tidak lari jauh dari definisi asal.

Tip 8: Yakin dan tenangkan diri. Jangan lemah semangat. Bentangkan hasil kerja projek anda dengan penuh keyakinan. Jawab kertas peperiksaan dengan tenang. Ambil masa untuk merangka jawapan bagi mengelakkan kegabraan dan blanko. Doa dan usaha juga adalah kunci kejayaan.

Tip 9: Teknik belajar tersendiri. Pastikan anda buat nota ringkas anda sendiri bagi memudahkan anda untuk menghafal poin-poin penting. Gunakan kreativiti anda dalam penggunaan akronim seperti “Types of Library = SPARN (Special, Public, Academic, Resource Center, National).” Ini boleh membantu anda mengingati poin-poin dengan betul lagi persis mutiara.

Tip 10: Bergiat aktif dalam persatuan, sukan, kolej, dan lebih-lebih lagi di peringkat Universiti, MPP, HEP dan HEA. Sumbangan anda akan menjurus ke arah kejayaan disamping mengharumkan nama baik universiti, fakulti dan program. Berjaya dari segi kokurikulum juga boleh membantu mencantikkan lagi reputasi anda sebagai pelajar UiTM yang sejati.

Dengan terbongkarnya 10 tips tersebut di atas, diharap kalian semua memperoleh kejayaan dalam apa jua bidang yang anda ceburi. Jangan cepat melatah dan putus asa dengan kegagalan pertama. Teruskan usaha anda, bertaqwalah kehadrat Illahi, dan muliakan hati anda sekiranya anda ingin berjaya. Itulah semangat waja pelajar UiTM. Sebelum mengakhiri amanat ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua pensyarah yang pernah mengajar saya dan mencurahkan ilmu-ilmu mereka bertubi-tubi. Semoga Allah s.w.t membalas jasa-jasa kalian. Akhir kata, selamat maju jaya dan salam Satu Malaysia. Sekian, wassalam.

Yang benar,

MOHAMMAD HAFIZZUL SULAIMAN (2007251454)

Saturday, December 11, 2010

eCO-G-Day dan malam aspirasi aidilfitri 2010

Program eCO-G-Day: 3R We Care” ini dijalankan dengan tujuan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan maklumat serta sumber-sumber maklumat yang ada di sekeliling kita. 3R mewakili pengurangan (reduce ) guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle) . Program ini disasarkan kepada para pensyarah dan pelajar UiTM secara keseluruhannya. Program yang mengambil masa seminggu ini merangkumi tiga (3) aktiviti kecil iaitu:

Pameran eCo-G-Day:
  • 3R We Care
  • Pertandingan Video dan Fotografi
  • Kempen Kitar Semula UiTM Sarawak

Objektif

Melalui aktiviti ini, persatuan selaku jawatankuasa pelaksana berharap agar segenap la
pisan masyarakat terutamanya warga universiti dapat:Memanfaatkan ilmu pengetahuan tentang penjagaan kebersihan dan kesihatan alam sekitar.
  • Memberi peluang kepada kumpulan sasaran untuk memperolehi maklumat tentang peranan mereka mengekalkan tahap kebersihan dan kesihatan alam sekitar
  • Mewujudkan budaya mesra insan dan alam di kalangan warga universiti
  • Menonjolkan bakat kreativiti dalam diri pelajar dan peserta.
  • Memberi peluang kepada para pelajar bersaing secara baik dalam menghasilkan sesebuah produk ”eco-friendly”

Tarikh/Tempat/Masa

Pameran eCo-G-Day: 3R We Care

Tarikh : 30 September 2010

Tempat : Pusat Pelajar dan Dewan Jubli

Masa : 2.30 pm – 5.00 pm

Pertandingan Video dan Fotografi

Tarikh : 30 September 2010

Tempat : Pendaftaran perserta (Pusat Pelajar)

Masa : 10.00 am – 5.00 pm

Kempen Kitar Semula UiTM Sarawak

Tarikh : 30 September 2010

Tempat : UiTM Sarawak

Masa : 10.00 am – 5.00 pm

Selepas selesai eCO-G-Day, pada pukul 7 malam berlangsungnya malam aspirasi aidilfitri yang diadakan berakhir pada pukul 10 malam. Berikut adalah senario yang berlaku pada majlis tersebut