Sunday, January 9, 2011

Nasihat Bekas Pelajar yang mendapat Anugerah Naib Canselor (ANC) - Melati Binti Aipidi


Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan izinNya jua saya mendapat tempat untuk belajar di UiTM Samarahan. Seterusnya jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua ahli keluarga saya yang sentiasa menyokong saya dan mendoakan saya. Tidak lupa juga kepada semua pensyarah IS110 UiTM Kota Samarahan yang pernah mengajar saya dan membolehkan saya untuk menamatkan pengajian Diploma saya dengan Anugerah Naib Canselor. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan saya yang telah membantu saya mencapai kecemerlangan sepanjang saya berada di UiTM.
Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan diri saya, saya MELATI BINTI AIPIDI, berusia 22 tahun berasal dari LIMBANG,SARAWAK. Saya adalah bekas pelajar DIPLOMA PENGURUSAN MAKLUMAT di UiTM Kampus Samarahan intake July 2007-April 2010. Sekarang ini saya melanjutkan pengajian di peringkat SARJANA MUDA PENGURUSAN PERPUSTAKAAN di UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.
Ok,let’s go straight to the point since saya pun malas nak buat muqadimah panjang sangat.Di sini saya ingin berkongsi dengan semua pembaca tentang rahsia kejayaan saya.simple je,tak susah mana pun.

1. Sentiasa ingat tujuan dan tanggungjawab. Sebagai seorang pelajar, sudah semestinya tujuan kita adalah untukmenimba ilmu dan lulus peperiksaan. Anda juga harus ingat anda membawa nama ibu bapa anda,jadi janganlah main main belajar. Belajar la sebaik-baiknya sehingga anda memperoleh kecemerlangan dan buatlah your parents bangga, jangan buat mereka malu dan sedih lak.

2. Fokus semasa pensyarah mengajar Sebaik-baik cara untuk belajar ialah dengan mendengar dan memahami apa yang di ajar oleh pensyarah di dalam kelas. Kalau pensyarah ada bagi contoh untuk satu-satu point, catit la agar anda dapat merujuknya semula kelak. Ini kerana, kadang2 masa dalam kelas tu je kita faham dan ingat. Atleast kalau kita ada catitkan, boleh la rujuk bila2 masa.


3. Hormat pensyarah. Hormatila pensyarah dengan tidak ponteng kelas, hantar assignment pada masa yang ditetapkan.

4. Jangan silap pilih kawan. Kawan sangat penting.dan kawan juga adalah elemen yang paling senang untuk mempengaruhi kita.pilihla kawan yang member pengaruh positif kepada kita. Pilih kawan atau group member yang rajin agar anda boleh menghasilkan final project yang hebat.jangan pilih kawan yang asyik ponteng, suka main2 dan yang hanya memberi pengaruh negative kepada kita.

5. Mula tonjolkan diri dari awal. Jangan tunggu final exam baru nak belajar. Kalau boleh quiz dan test pun kena ada markah yang bagus. Korang kena ada carrymark yang bagus, pastu final buat all out, baru senang nak dapat gred bagus.

6. Fahami dan hafal. Kita punya jurusan ni senang je kot. Kalau nak senang lulus, korang hafal je nota yang lecturer bagi tu. Takyah lah hafal semua, guna la strategi korang nak menghafal. Korang kena faham dulu, baru senang nak hafal.

7. Belajar tak perlu tensen. Jangan tensen2 kalau belajar, belajar pada masa yang korang rasa korang paling cepat masuk.if ade benda korang masih tak paham, gi la tanya kawan. Kalau tak percaya kawan, gi la tanya penyelamat pelajar, iaitu pensyarah.

8. Berdoa dan bertawakal. Lepas korang dah berusaha, tawakal je la ye. Mudah2an lagi ramai junior2 saya dapat ANC.amin.

Tu je la yang saya ingin kongsi ngan anda semua. Sikit je, kalau tulis banyak pun, bukan orang nak baca kan.
Ok la, semoga kita berjumpa nanti ya di UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.

MELATI BINTI AIPIDI
LIMBANG,SARAWAK.

Wednesday, December 15, 2010

Amanat Pemegang Anugerah Naib Canselor dan Pelajar Terbaik Sesi Julai 2007


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali, saya bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah kurnia dan nikmat yang diberikan kepada saya serta kalian semua. Setelah berlangsungnya Istiadat Konvokesyen UiTM ke-73 tanggal 6 Disember 2010 lalu, saya merakamkan jutaan rasa terima kasih di atas pengurniaan 3 anugerah pada hari tersebut. Anugerah-anugerah tersebut adalah Anugerah Naib Canselor, Anugerah Graduan Terbaik Fakulti (Pengurusan Maklumat), dan Anugerah Graduan Terbaik Program (Diploma Pengurusan Maklumat). Sebelum ini juga saya telah dianugerahkan sebagai Pelajar Terbaik Program dan Pelajar Terbaik Keseluruhan pada Malam Pra-Graduan April 2010 lepas.

Dengan kejayaan yang telah saya kecapi sepanjang tempoh 3 tahun, bersamaan 6 semester, menuntut di UiTM Samarahan ini, ianya bukanlah satu perkara untuk dimegah-megahkan atau riak sekalipun. Saya menulis testimoni ini hanyalah untuk berkongsi rahsia kejayaan kepada rakan-rakan seperjuangan, terutamanya adik-adik yang baru menjejak masuk ke UiTM dan belajar mendalami ilmu Pengurusan Maklumat. Sebenarnya, fakulti dan program kita ini bukanlah satu program yang tidak laris menurut pandangan orang luar. Sebenarnya, Pengurusan Maklumat ini adalah satu tulang belakang yang seharusnya diterapkan di setiap agensi kerajaan mahupun swasta bagi menjalankan operasi tugas-kerja mereka dengan lebih sistematik. Oleh itu, diharap kalian semua berfikiran luas terbuka bahawa fakulti dan program kita ini amat diperlukan di pasaran. Peluang pekerjaan sememangnya menantikan graduan-graduan yang berkualiti dan berjaya terutamanya mereka yang menuntut di UiTM.

Setelah lama berceloteh, izinkan saya untuk memperkenalkan diri saya dulu. Nama diberi Mohammad Hafizzul Sulaiman,21, panggilan manja Hafiz, Fizol, Dedek, dan mana-mana gelaran yang boleh terima pakai. Anak jati Kuching, Sarawak ini kini melanjutkan pelajarannya di UiTM Puncak Perdana, Shah Alam dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian)(Pengurusan Rekod). Bekas pelajar SK dan SMK St. Joseph, Kuching dengan mendapat keputusan SPM 7A, 1B, 4C. Sebaik sahaja tamat pelajaran dibangku sekolah, saya meneruskan status sebagai pelajar di UiTM Samarahan dengan program pilihan pertama iaitu IS110. Kenapa IS110? Setelah mengkaji selidik mengenai latar belakang program ini semasa Expo Selangkah ke UiTM, saya benar-benar meminati bidang pengurusan lebih-lebih lagi Sains Perpustakaan. Tanpa rasa menyesal dan berfikir panjang, saya dengan yakinnya menerima tawaran tersebut dan belajar bersungguh-sungguh sehinggalah saya berjaya dengan memperoleh CGPA akhir 3.90.

Beralih pula dengan rahsia kejayaan, lagu mana che bole berjaya noh? Cuba baca 10 tips di bawah. Pernahkah kalian merealisasikannya? Saya pernah, anda?

Tip 1: Pengurusan masa yang berkualiti setiap hari. Jangan terlalu skema dengan menetapkan jam untuk anda belajar. Janji ada masa untuk belajar, ulang kaji, menyiapkan tugasan dan tidur yang mencukupi. Masa untuk enjoy dan suka-suki sila anjakkan ke hujung minggu ye.

Tip 2: Belajar secara berkumpulan sambil bertukar-tukar pendapat dan saling berbincang mengenai persoalan dan isu-isu bertepatan. Ini boleh membantu anda memahami dengan lebih dalam. Elakkan berbincang mengenai isu rumah tangga dan gosip artis-artis jer. Remember, sharing is caring.

Tip 3: Jadikan pensyarah anda sebagai mentor. Jangan segan silu untuk berjumpa dengan pensyarah anda jika terdapat keraguan. Jika malu bertanya, alamat sesat jalanlah nampak gayanya. Membodek pensyarah pula adalah satu perkara yang berlainan perspektifnya.

Tip 4: Sempurnakan segala tugasan atau assignment yang melambak bertimbun-timbun dahulu. Pastikan semua ahli kumpulan turut bekerjasama. Setiap tugasan ada markah, tak hantar, “I’ll deduct your marks.” Jangan lupa hantar on time, kalau tak, “I’ll also deduct your marks.”

Tip 5: Minat terhadap semua subjek. Bagi saya, semua subjek sepanjang 6 semester interesting. Cuba tumpukan perhatian dalam kelas dan tanamkan rasa minat terhadap subjek tersebut. Nescaya subjek tersebut akan menjadi satu subjek yang senang bagi anda.

Tip 6: Past final exam papers. Cuba jawab dan buat analisis soalan mana yang kerap keluar, soalan mana yang tidak pernah keluar, dan soalan mana yang mungkin akan keluar. Dalam kata lain, spot questions. Jangan buat paper Macroeconomy sudah.

Tip 7: Memahami lebih baik daripada menghafal sebijik-sebijik. Kita bukan i-robot. Tidak semua benda anda perlu hafal, poin-poin utama sahaja anda perlu diingat. Cuba paham konsep poin tersebut dan huraikan menggunakan ayat sendiri yang tidak lari jauh dari definisi asal.

Tip 8: Yakin dan tenangkan diri. Jangan lemah semangat. Bentangkan hasil kerja projek anda dengan penuh keyakinan. Jawab kertas peperiksaan dengan tenang. Ambil masa untuk merangka jawapan bagi mengelakkan kegabraan dan blanko. Doa dan usaha juga adalah kunci kejayaan.

Tip 9: Teknik belajar tersendiri. Pastikan anda buat nota ringkas anda sendiri bagi memudahkan anda untuk menghafal poin-poin penting. Gunakan kreativiti anda dalam penggunaan akronim seperti “Types of Library = SPARN (Special, Public, Academic, Resource Center, National).” Ini boleh membantu anda mengingati poin-poin dengan betul lagi persis mutiara.

Tip 10: Bergiat aktif dalam persatuan, sukan, kolej, dan lebih-lebih lagi di peringkat Universiti, MPP, HEP dan HEA. Sumbangan anda akan menjurus ke arah kejayaan disamping mengharumkan nama baik universiti, fakulti dan program. Berjaya dari segi kokurikulum juga boleh membantu mencantikkan lagi reputasi anda sebagai pelajar UiTM yang sejati.

Dengan terbongkarnya 10 tips tersebut di atas, diharap kalian semua memperoleh kejayaan dalam apa jua bidang yang anda ceburi. Jangan cepat melatah dan putus asa dengan kegagalan pertama. Teruskan usaha anda, bertaqwalah kehadrat Illahi, dan muliakan hati anda sekiranya anda ingin berjaya. Itulah semangat waja pelajar UiTM. Sebelum mengakhiri amanat ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua pensyarah yang pernah mengajar saya dan mencurahkan ilmu-ilmu mereka bertubi-tubi. Semoga Allah s.w.t membalas jasa-jasa kalian. Akhir kata, selamat maju jaya dan salam Satu Malaysia. Sekian, wassalam.

Yang benar,

MOHAMMAD HAFIZZUL SULAIMAN (2007251454)

Saturday, December 11, 2010

eCO-G-Day dan malam aspirasi aidilfitri 2010

Program eCO-G-Day: 3R We Care” ini dijalankan dengan tujuan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan maklumat serta sumber-sumber maklumat yang ada di sekeliling kita. 3R mewakili pengurangan (reduce ) guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle) . Program ini disasarkan kepada para pensyarah dan pelajar UiTM secara keseluruhannya. Program yang mengambil masa seminggu ini merangkumi tiga (3) aktiviti kecil iaitu:

Pameran eCo-G-Day:
  • 3R We Care
  • Pertandingan Video dan Fotografi
  • Kempen Kitar Semula UiTM Sarawak

Objektif

Melalui aktiviti ini, persatuan selaku jawatankuasa pelaksana berharap agar segenap la
pisan masyarakat terutamanya warga universiti dapat:Memanfaatkan ilmu pengetahuan tentang penjagaan kebersihan dan kesihatan alam sekitar.
  • Memberi peluang kepada kumpulan sasaran untuk memperolehi maklumat tentang peranan mereka mengekalkan tahap kebersihan dan kesihatan alam sekitar
  • Mewujudkan budaya mesra insan dan alam di kalangan warga universiti
  • Menonjolkan bakat kreativiti dalam diri pelajar dan peserta.
  • Memberi peluang kepada para pelajar bersaing secara baik dalam menghasilkan sesebuah produk ”eco-friendly”

Tarikh/Tempat/Masa

Pameran eCo-G-Day: 3R We Care

Tarikh : 30 September 2010

Tempat : Pusat Pelajar dan Dewan Jubli

Masa : 2.30 pm – 5.00 pm

Pertandingan Video dan Fotografi

Tarikh : 30 September 2010

Tempat : Pendaftaran perserta (Pusat Pelajar)

Masa : 10.00 am – 5.00 pm

Kempen Kitar Semula UiTM Sarawak

Tarikh : 30 September 2010

Tempat : UiTM Sarawak

Masa : 10.00 am – 5.00 pm

Selepas selesai eCO-G-Day, pada pukul 7 malam berlangsungnya malam aspirasi aidilfitri yang diadakan berakhir pada pukul 10 malam. Berikut adalah senario yang berlaku pada majlis tersebut



Monday, September 20, 2010

Karnival Sukan Rakyat INFORMS 2010

Salam warga INFORMS,

Program Karnival Sukan Rakyat adalah salah satu program aktiviti bersama Persatuan Pengurusan Maklumat pada semester ini. Antara objektifnye adalah:
  • Memberi peluang kepada para pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat untuk member semangat dan bekerjasama antara satu sama lain.
  • Mengeratkan silaturrahim diantara pelajar dan para pensyarah.
  • Melahirkan para pelajar yang berkeyakinan tinggi dalam menampilkan diri di khalayak ramai.
  • Mengurangkan tekanan para pelajar dalam aktiviti-aktivitu bersifat akademik.
Aktiviti ini telah diadakan pada:
Tarikh : 31 Julai 2010
Masa : 9:00 pagi - 3:00 petang
Tempat : Padang Mini Unit Sukan, Universiti Teknologi MARA Sarawak, Kampus Kota Samarahan.

Seramai lebih kurang 120 orang pelajar terlibat termasuk peserta dan ahli jawatankuasa Persatuan Pengurusan Maklumat dengan aktiviti ini dan dihadiri oleh 7 orang pensyarah dari Fakulti pengurusan Maklumat.


Kaedah perlaksanaan:

  • Permainan yang dipertandingkan terbuka kepada semua pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat dan juga para pensyarah.
  • Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan diwakili 12 orang pelajar.
  • Pelajar diberi pilihan untuk menyertai mana-mana 10 aktiviti yang dipertandingkan.
  • Setiap pemenang diberikan perhargaan berupa cederamata dan hamper.
Sepuluh aktiviti yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

· Baling Selipar

· Bola kampong

· Tarik upih

· Polis & thief

· Lompat tali getah

· Galah panjang

· Tarik tali

· Musang & anak ayam

· Pepsi cola

· Bowling kelapa


Secara keseluruhannya, semua pelajar yang hadir bagi “Karnival Sukan Rakyat INFORMS 2010” ini telah member komitmen dalam menjayakan program dan memberikan sepenuhnya kerjasama untuk memastikan projek ini berjalan dengan lancar. Walaupun kehadiran para pelajar kurang memuaskan, tetapi semangat kesukanan yang di pamerkan oleh sebahagian para pelajar yang hadir sangat memuaskan. Para pensyarah dar Fakulti Pengurusan Maklumat turut memberikan komitmen yang baik dan memberikan komen yang membina kepada para peserta yang telah melibatkan diri dalam aktiviti ini.






Wednesday, September 1, 2010

Program Phoenix Rising siri ke-3 (team building)

Salam warga INFORMS,

Aktiviti pertama yang dianjurkan oleh persatuan adalah
Program Phoenix Rising siri ke-3 (team building) di mana objektif program adalah seperti berikut:

  1. Melatih dan membentuk disiplin pelajar-pelajar dalam penggunaan kemahiran maklumat dan bersosial
  2. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran pelajar-pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat ke arah peningkatan motivasi diri.

Program ini telah di laksanakan sepenuhnya oleh pelajar semester enam (6) Fakulti Pengurusan Maklumat dengan bantuan dan bimbingan daripada pensyarah fakulti sendiri. Program ini telah di jalankan pada:

Tarikh : 24 dan 25 Julai 2010

Tempat : Sekitar Kampus UiTM Kota Samarahan

Seramai 148 orang peserta telah terlibat dengan program Phoenix Rising siri ke-3 ini yang mana mereka terdiri daripada pelajar Semester Satu (1) dan dua (2) Fakulti Pengurusan Maklumat.

Program ini telah di laksanakan dengan pemecahan aktiviti kepada dua aktiviti utama yang mana ia termasuklah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan juga aktiviti luar – ”INFORMS Explorace”. Pendaftaran para peserta di lakukan oleh urusetia yang bertugas. Bagi melicinkan lagi pelaksanaan program, setiap peserta telah di bahagikan kepada 10 Kumpulan dimana pelajar semester satu dan dua di campurkan untuk membentuk satu kumpulan. Setiap kumpulan ini di ketuai oleh dua orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar semester akhir dalam membimbing para peserta untuk melaksanakan aktiviti yang di beri. . Pada hari pertama, pelaksanaan Program Phoenix Rising siri ke-3 telah di adakan di Dewan Kuliah 1 untuk aktiviti LDK pada sebelah pagi dan beralih ke Blok K – Auditorium 2 untuk aktiviti LDK pada sebelah petang. Berikut adalah senarai aktiviti yang telah di laksanakan pada hari pertama Program berlangsung:

  1. Ice Breaking
  2. LDK 1 – Logo Kreatif
  3. LDK 2 – Siapa Dia
  4. LDK 3 – Sik Lalek
  5. LDK 4 – Cari Sepatu Sendiri
  6. LDK 5 – Human Alphabetical
  7. LDK 6 – Animal Scream
  8. LDK 7 – Charrette
  9. LDK 8 – Tongue Twister


Aktiviti INFORMS Explorace di lakukan pada hari kedua Program Phoenix Rising siri ke-3 diadakan yang mana aktiviti ini telah di laksanakan sepenuhnya pada sebelah pagi di Tempat letak kereta B dan juga Sekitar Kampus UiTM. Berikut merupakan aktiviti yang di lakukan oleh peserta untuk menyempurnakan ”INFORMS Explorace”:



Check Point

Tempat

Fasilitator

Tugasan / Aktiviti

1

Car Park B

Mohd Nor Amira

Ahmad Hanis

Tolak kereta 100 m

Mencari gula-gula dalam tepung

2

Tasik UiTM

Jerry

Hernee

Isikan air dan tepung ke dalam botol

3

Perkarangan Blok G

Farzana

Salmi

Lengkapkan ”Jigsaw Puzzle”

Bina piramid menggunakan daun terup

4

Tangki Air Kolej Gading

Azril

Azzyati

persembahan ”Limbo Dance”

Merangkak di bawah tangki

5

Perpustakaan

Lydiane

Syanta

Tulis ”Citation” buku menggunakan APA style

6

Hutan Buluh

Siti Norazimah

Mornira

Menjawab teka taki

Menari mengikut rentak yang di berikan

7

Pagar Utama UiTM

Evelyn

Natie

Minum campuran kopi dan pisang

Tiup belon berisi air sehingga pecah

8

Surau Lama

Setimah

Haslina

Mencari syiling di dalam tepung.

9

Gelanggang Tennis

Azrin

Syukri

Membuat garisan menggunakan peralatan yang ada pada peserta

10

Pagar Kolej Mulu

James

Paul

Berkawad

Menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu UiTM

Antara aktiviti lain yang di buat pada Program Phoenix Rising siri ke-3 ini ialah Santai bersama Pensyarah, INFO Talent dan juga sesi penyampaian hadiah kepada para peserta. Sesi Santai bersama Pensyarah telah di adakan pada sebelah petang hari kedua pelaksanaan aktiviti bertempat di Auditorium 2. Aktiviti ini telah dilaksanakan sepenuhnya oleh pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat dengan tujuan untuk memudahkan para peserta mengenali lebih rapat tenaga pengajar Fakulti Pengurusan Maklumat di samping mendapatkan lagi gambaran dan pengetahuan peranan Fakulti Pengurusan Maklumat dalam bidang Pengurusan. INFO Talent merupakan aktiviti wajib yang mana tugasan telah di berikan kepada peserta pada hari pertama program.



Program explorace

Program explorace

Pembentangan hasil kerja berkumpulan

Tuesday, April 20, 2010

Selamat menghadapi peperiksaan bagi sem Jan-Apr 2010

salam warga INFORMS,

Pengarang selaku wakil pensyarah IS110 ingin mengucapkan Selamat Berjaya kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan bagi semester Jan-Apr 2010. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Berikut adalah sedikit tips khusus kepada pelajar bagi menghadapi peperiksaan:

Persediaan Pada Hari Peperiksaan
-Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk.
-Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji
-Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham.
-Tidur Dengan Cukup

Menjelang Hari Peperiksaan
-Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul.
-Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan.
-Pastikan Anda Tiba Awal
-Elakkan Dari Berbual Kosong
-Pastikan Semua Keperluan Cukup

Persediaan Emosi
-Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan
-Menjaga Hati Ibu Bapa
-Tidak Bercinta
-Jangan Terlalu Yakin
-Prasangka Negatif Kepada Orang Lain

Persediaan Fizikal
-Mengutamakan Kesihatan Badan
– Tidak Tidur Larut Malam
– Menjaga Keselamatan Diri
– Makan Makanan Secukupnya

– Riadah Yang Ringan,Sekitar 20minit Sehari

Persediaan Mental
-Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa
-Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan
-Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan

Tuesday, March 9, 2010

Senarai Nama AJK INFORMS Sesi Jan - April 2010

Salam kepada semua warga INFORMS,

Berikut adalah senarai nama AJK INFORMS yang akan membantu menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang oleh fakulti. Senarai nama adalah seperti berikut:

1. MOHAMMAD RIDZWAN BIN THAHA – PENGERUSI
2. KEVIN ANAK ONG – NAIB PENGERUSI

3. NUR ERNI AQILAH BT ISMAIL – SETIAUSAHA
4. DYGKU NUR SAUMASYAWAL – NAIB SETIAUSAHA

5. MASTUYAH BT WAHID@SHARKAWI– BENDAHARI

EXCO TUGAS-TUGAS KHAS DAN LOGISTIK
6. MOHD SYAWAL BIN AZMI (P3)
7. RUSTAM BIN SAMSUL (P2)

EXCO SUKAN DAN SOSIAL
8. MOHD AZRIL BIN MORSHIDI (P5)
9. JERRY AK JIK (P5)

EXCO PUBLISITI DAN KEBUDAYAAN
10. LYDIANE CHADIAN ANAK RAKAWAI (P5)
11. SYANTA MARLISA RELOVIA GOLOT (P5)

EXCO TEKNIKAL
12. MOHD ZAIM BIN BOHARI (P4)
13. NUR NAZMIE BIN RAMBLET (P4)

EXCO KEBAJIKAN DAN MAKANAN
14. MOHD SYAFIQ BIN MOHD ZAWAWI (P4)
15. NORKAMALIAH BT AHMAD (P4)

EXCO PROTOKOL DAN PERHUBUNGAN AWAM
16. AIN SYAFIQA SHAMSUDIN (P4)
17. HAZWANI BT SHARKAWI (P3)