Sunday, January 11, 2009

Program Cabaran INFORMS Boleh! Mendaki Gunung Kinabalu Sempena Sambutan UiTM ke-51


Salam kepada semua Blogger,

Aktiviti yang pengarang ingin kongsi bersama adalah aktiviti terakhir Persatuan INFORMS pada tahun lepas iaitu Program Cabaran INFORMS Boleh! Mendaki Gunung Kinabalu dimana aktiviti tersebut dijalankan selama 9 hari iaitu dari 20 November 2008 (Khamis) sehingga 28 November 2008 (Jumaat) di Kota Kinabalu, Sabah.

Seramai 15 orang yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini iaitu 11 orang pelajar dan 4 orang pegawai pengiring. Program ini telah dirasmikan oleh En. Abdul Jalil Bin Lob selaku Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA negeri Sarawak. Terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada Timbalan Pengarah HEP kerana telah meluluskan aktiviti tersebut serta mencuri sedikit masa bagi merasmikan majlis ini. Majlis perasmian ini telah diadakan pada:

Tarikh : 20 November 2008
Masa : 10:30 pagi
Tempat : Anjung Seri

Berikut adalah Aturcara Program yang telah dijadualkan. Programnya adalah seperti berikut:

20 November 2008 (Khamis)
10.30 pagi : Ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar
07.00 petang : Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
09.30 petang : Berlepas ke Kota Kinabalu, Terminal 2.
11.10 malam : Sampai di Kota Kinabalu, Terminal 2.
11.30 malam : Bertolak ke UiTM Menggatal, Sabah.

21 November 2008 (Jumaat)
08.00 pagi : Lawatan ke sekitar Kampus UiTM Sabah.
02.00 petang : Lawatan ke Universiti Malaysia Sabah.
06.00 malam : Makan malam di Kota Kinabalu.
08.30 malam : Bertolak balik ke UiTM Menggatal, Sabah

22 November 2008 (Sabtu)
08.00 pagi : Menaiki feri ke Labuan.
02.00 petang : Lawatan ke sekitar Labuan.
06.00 malam : Menaiki feri pulang ke Kota Kinabalu.
08.30 malam : Bertolak balik ke UiTM Menggatal, Sabah.

23 November 2008 (Ahad)
06.00 pagi : Bertolak ke Ranau.
08.00 pagi : Bertolak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ranau.
10.00 petang : Khidmat Masayrakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ranau.
03.00 petang : Sukaneka dengan penduduk kampong.
06.00 malam : Rehat.

24 November 2008 (Isnin)
10.00 petang : Khidmat Masayrakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ranau.
03.00 petang : Gotong-royong bersama penduduk kampong.
06.00 malam : Rehat.

25 November 2008 (Selasa)
06.00 pagi : Bertolak ke Base Camp (Pendaftaran peserta).
08.00 pagi : Memulakan pendakian Gunung Kinabalu.
10.00 petang : Pendakian Gunung Kinabalu diteruskan.
04.00 petang : Dijangka tiba ke Laban Rata.
06.00 pagi : Rehat.

26 November 2008 (Rabu)
02.00 pagi : Bertolak ke Puncak Gunung Kinabalu.
08.00 pagi : Memulakan perjalanan turun ke Gunung Kinabalu.
10.00 petang : Dijangka tiba ke Base Camp.
05.00 malam : Bermalam di Kundasang.

27 November 2008 (Khamis)
08.00 pagi : Lawatan ke “Kundasang Memorial Park”.
10.00 tengahari : Lawatan ke Ladang The Kundasang.
12.00 petang : Makan tengahari di Kundasang.
02.00 petang : Lawatan ke “Pouring Hot Spring”.
06.00 petang : Lawatan ke “Dairy Farm” (Ladang Susu)
08.30 malam : Bermalam di Kundasang.

28 November 2008 (Jumaat)
09.30 pagi : Bertolak ke Kota Kinabalu.
10.00 tengahari : Membeli-belah di Kota Kinabalu.
12.00 petang : Makan tengahari di Kota Kinabalu.
02.00 petang : Bertolak ke Terminal 2, Kota Kinabalu.
06.00malam : Menaiki pesawat ke Kuching.

Mengambil foto sebelum pendakian


Baru Memulakan Pendakian

Penasihat atau Ketua Projek aktiviti ini adalah En. Mohd Zafian Bin Zawawi. Beliau sebelum ini berpengalaman menaiki Gunung Kinabalu. Jadi, segala arahan yang beliau berikan perlu di patuhi sepenuhnya oleh anak buah. Atas segala panduan yang telah diberikan akhirnya lebih separuh daripada kami telah berjaya menawan Gunung Kinabalu di kilometer 8.72 iaitu ketinggian 4095.2 M. Sebahagian yang tidak berjaya adalah kerana faktor kesihatan dan telah dinasihatkan oleh pihak penjaga atau 'guard' supaya tidak mendaki atas faktor keselamatam. Maka, mereka terpaksa akur walaupun terdetik rasa marah dan kecewa kerana terpaksa berhenti separuh jalan. Walaupun ada yang tidak berjaya mendaki sehingga ke puncak, tapi semangat tidak mudah mengalah dan keazaman setiap pendaki adalah lebih penting kerana kesemuanya berjaya mendaki hingga ke Panar Laban di kilometer 6 iaitu ketinggian mencecah 3314.4 M.


Antara wajah-wajah yang berjaya ke puncak...

Tahniah diucapkan kepada semua pendaki yang telah mendaki di dalam program ini. Akhirnya segala keringat dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh semua pendaki berhasil dengan mendapat sekalung Sijil Penghargaan daripada pihak Gunung Kinabalu.

Syukur akhirnya sudah di hujung ekspedisi

Akhir kata, Pengarang menadah tangan memanjat kesyukuran dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Program ini banyak memberi manfaat dan faedah kepada semua peserta yang terlibat dan di harap program–program seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang.

“INFORMS BOLEH”

5 comments:

  1. congrats eh to dak2 KLANG yg smpi ke puncak tu...

    huhuhuhu...

    cayalah dak2 KLANG...

    /me mewakili dak2 KLANG neyh...nk say congrats la tu ADIL,ZATIL n GHAUSE...

    bak kate adil...HIDOP KLANG!!!!huhuhuhu...

    to lectrer2 yg smpi...congrats too... ;)

    ReplyDelete
  2. Bdk2 Klang je ker?
    anyhow, it is fun to photographing the journey...
    Take nothing nut Pictures,
    Leave nothing but Footprint,
    Keep nothing nut Memories...

    ReplyDelete
  3. hihi..lupe la nk congrats yg lain..

    tahniah gak eyh pada yg lain..

    atleast korang pnh g..aku xpnh g..hihihi..

    kampungpisang aka manjegurlz aka yatie

    ReplyDelete
  4. assalamuailaikum semua warga Informs...
    saje singgah...layarilah blog saya jugak.kbye..

    ReplyDelete