Friday, August 28, 2009

Hari Merdeka ke-52...

Salam kepada semua warga INFORMS,

Pengarang mewakili pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Merdeka ke-52. Di harap semua warga INFORMS dapat memerdekakan diri dari sebarang ancaman bukan sahaja jajahan dari penjajah tetapi dari segi minda. Bangkitlah dan sedarlah kembali akan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar tidak lalai dan leka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Semoga semuanya dapat mencapai matlamat dan kejayaan yang diimpikan. Sekian...

Info:
Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di dalam stadium. Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Terkini: Lokasi sambutan tahun ini dijangka akan dipindahkan ke Bangunan Parlimen setelah mengambil kira perkembangan semasa influenza A H1N1 dan menghormati bulan Ramadhan.

Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia

Logo 1 Malaysia

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

No comments:

Post a Comment