Thursday, October 8, 2009

Program Open Mike Day Jul - Nov 2009 dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri FPM 2009

Salam kepada semua warga INFORMS,
Setelah lama tidak post blog terbaru, akhirnya pengarang ingin berkongsi cerita mengenai aktiviti yang telah diadakan selepas seminggu beraya, maklumlah selepas balik dari cuti beraya, banyak pula perkara yang perlu didahulakan. Kini pengarang ingin berkongsi cerita tentang aktiviti fakulti yang telah diadakan baru-baru ini. Bertempat di Dewan Jubli, aktiviti pertama fakulti iaitu “Open Mike Day” diadakan pada:
Tarikh: 02 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa: 3:30 petang - 5:00petang

Alhamdulillah, aktiviti tersebut telah dapat dijalankan dengan bantuan AJK-AJK INFORMS kerana pada waktu tersebut, semua pensyarah telah pergi mesyuarat staf akademik di dewan kuliah. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada AJK-AJK yang membantu dalam menjayakan aktiviti tersebut.

Pada hari dan tempat yang sama, aktiviti kedua fakulti telah dijalankan bermula pada pukul 7:30 dan berakhir pada pukul 10:00 malam. Program yang telah dijalankan bertajuk “Majlis Ramah Tamah Aidilfitri FPM 2009” di mana tujuan program tersebut dibuat adalah untuk memeriahkan suasana Hari Raya Aidilfitri dan tujuan kedua pula adalah bagi mengeratkan ikatan silaturrahim antara semua warga INFORMS. Terima kasih diucapkan kepada sesiapa yang berkenaan yang telah menjayakan aktiviti tersebut dan di harap aktiviti ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut syawal tiba

Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa

Oh... cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh... sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira


Selamat hari raya
Aidil fitri mulia
Semoga berbahagia
Hidup aman sentosa

Menjelang hari raya
by DJ Dave


Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia


Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa


Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira


Mungkin inilah dia kebahagiaan

Satu Hari Di Hari Raya
by M Nasir

No comments:

Post a Comment