Salam kepada semua warga INFORMS,
Setelah lama tidak mengemaskini blog ni disebabkan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan juga masalah network yang terlalu lembab, jadi pengarang ingin berkongsi cerita mengenai aktiviti universiti yang telah dianjurkan dengan jayanya. Sebelum itu pengarang ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan bagi yang belum habis lagi exam. Semoga dapat menempuh exam dengan penuh ketenangan supaya apa yang sudah dibaca tu dapat kita ingati semula. Jadi, aktiviti tersebut adalah Kejohanan trek & padang yang diadakan pada tahun ini telah berlangsung dengan penuh meriah di mana ia telah dijayakan oleh unit sukan. Kejohanan tersebut diadakan seperti butir-butir berikut:
Tempat: Stadium Kota Samarahan
Tarikh:03 - 04 Oktober 2009
Masa: 8:00pagi – 5:00 petang
Setiap fakulti telah menghantar wakil untuk mengambil bahagian dalam menjayakan acara yang dipertandingkan pada hari tersebut. Wakil-wakil yang mewakili setiap fakulti kelihatan sungguh bersemangat. Tidak lepaskan peluang juga untuk menjayakan aktiviti tersebut adalah wakil dari INFORMS. Terdapat wakil dari INFORMS yang telah memenangi acara pada hari tersebut iaitu pelajar bernama Flora De Dolik telah mendapat pingat gangsa bagi acara lompat kijang. Ada juga beberapa pelajar lagi yang telah memenangi acara yang telah dipertandingkan tetapi pengarang tidak mandapat maklumat mengenai mereka. Dari segi penyertaan dari wakil INFORMS, pengarang melihat penyertaan masih tidak memberangsangkan. Entahlah? Adakah pada masa tersebut banyak test dan pelajar perlu memberi fokus pada pelajaran? Adakah pelajar sememangnya ulat buku dan memang tidak aktif bersukan? atau memang pelajar memikirkan sukan tidak perlu, kalau kita dah kat universiti, fokuskan hanya pada pelajaran sahaja?. Pelbagai kemungkinan tersebut berlaku dan pengarang tidak mengetahui apa silapnya. Diharap lebih ramai lagi yang dapat mengikuti kejohanan ini dimasa-masa akan datang. Ini adalah supaya pelajar INFORMS dapat seimbangkan diantara akademik dan sukan supaya dapat melahirkan pelajar bukan sahaja bijak tetapi juga sihat dan bertenaga. Di harap kejohanan trek & padang ini dapat diteruskan juga penglibatan aktif daripada pelajar INFORMS di masa-masa akan datang. Sekian.
next time i suggest we can come out with our own t shirt for INFORMS as well as our own flag..besides that...we need to ensure that student yang participate diberi penghargaan daripada fakulti supaya lebih ramai pelajr yg akan terlibat dalam aktiviti sukan..
ReplyDeletegood comment. hope so they can participate as for their healthy life and give good name to our faculty
ReplyDelete