Salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berkongsi beberapa perkara di sini. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah yang pernah mengajar saya. Hasil daripada ilmu yang diberikan maka saya dapat melalui tahap pengajian diploma ini dengan baik dan lancar. Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan serba sedikit tentang diri saya. Nama saya Setra binti Ginsim dan berasal dari Sipitang, Sabah. Saya dilahirkan pada 17 Julai 1988 dan merupakan anak sulung daripada 3 beradik. Saya memulakan pengajian saya di peringkat diploma pada Julai 2006 dalam bidang pengurusan maklumat di kampus Samarahan dan tamat pada Mei 2009. Seterusnya saya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah pertama dalam bidang Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Rekod) pada Julai 2009 di UiTM Shah Alam kampus Puncak Perdana.
Sudah tentu setiap kejayaan itu tidak akan datang bergolek begitu sahaja. Ia memerlukan usaha yang berterusan dan azam yang kuat. Saya percaya ada di kalangan kita yang sememangnya tidak berminat dengan kursus (pengurusan maklumat) ini. Namun, kita telah diberi peluang untuk menuntut di universiti dan telah ditawarkan dengan kursus ini maka kita harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Pada mulanya saya juga tidak begitu menyukai kos ini kerana pada pendapat saya kita hanya akan belajar tentang perpustakaan dan ia bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Saya selalu berangan-angan alangkah baiknya sekiranya saya dapat menuntut di maktab perguruan, akademi pengajian bahasa ataupun mungkin di UiTM juga tetapi dengan kursus yang lain. Namun, angan-angan saya itu terhenti selepas suatu jangka masa. Saya merasakan bahawa tidak salah sekiranya saya belajar untuk menyukai kursus ini. Inilah tahap kemampuan saya dan saya berazam untuk mencuba yang terbaik. Tambahan pula, saya merasakan bahawa agak leceh sekiranya hendak menukar kursus. Saya berpendapat bahawa pelajar-pelajar diploma pengurusan maklumat Kampus Samarahan sangat bertuah kerana mempunyai pensyarah-pensyarah yang begitu baik sekali. Para pensyarah kita cukup baik dan mesra dengan pelajar. Ini sebenarnya dapat memudahkan pembelajaran kita. Seterusnya saya akan berkongsi beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda semua untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran.
1. Belajar pada waktu yang sesuai. Kita harus mengenal pasti bilakah waktu yang terbaik untuk kita mengulangkaji pelajaran. Seperti diri saya sendiri, saya bukanlah jenis yang akan bangun awal pagi dan berjaga malam semata-mata untuk belajar. Pada hari-hari kuliah, saya akan mengulangkaji pelajaran pada jam 7.30pm hingga 11.30pm. Agak sukar bagi saya untuk berjaga malam kerana bagi saya itu adalah masa tidur. Sama juga, saya tidak dapat bangun seawal jam 4 atau 5 pagi semata-mata untuk belajar kerana saya pasti akan mengantuk dan tertidur ketika belajar. Oleh itu, kenal pasti masa belajar yang paling sesuai bagi diri anda. Secara jujur, saya tidak mengulangkaji pelajaran pada setiap hari kerana bagi saya kebiasaan untuk mengulangkaji setiap hari agak sukar untuk dilakukan. Namun, saya berharap ada di antara kita yang berusaha untuk melakukannya. Begitu juga saya. Saya akan berusaha perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit kerana mengulangkaji setiap hari sebenarnya suatu amalan yang baik.
2. Belajar di tempat yang sesuai. Kita harus memastikan bahawa persekitaran kita tidak bising dan sentiasa kemas agar kita selesa untuk belajar. Contohnya, ada yang suka belajar di dalam bilik tidur, bilik belajar ataupun perpustakaan. Bagi diri saya sendiri, saya lebih selesa belajar di dalam bilik berbanding pergi ke perpustakaan.
3. Menjaga hubungan baik dengan pensyarah dan ibubapa.
4. Selalu beribadah dan rajin berusaha kerana DOA + USAHA = KEJAYAAN!
5. Sentiasa melakukan yang terbaik sewaktu melakukan ‘assignment’ dan sewaktu peperiksaan.
6. Apabila kita telah faham pelajaran itu, sampaikan sekali lagi kepada kawan-kawan kita yang belum faham kerana ini akan menguatkan daya ingatan kita.
7. Quality is better than quantity. Contohnya, lebih baik kita hanya belajar selama 2 jam tetapi dapat menerima semua yang kita pelajari daripada belajar 8 jam tetapi kesudahannya kita tetap tidak dapat mengingati apa yang telah kita pelajari.
Apa yang saya kongsikan itu saya ambil daripada apa yang saya amalkan. Setiap orang mungkin lebih selesa dengan cara yang berbeza. Sekiranya demikian maka teruskan dengan cara itu kerana saya hanya memberikan tips-tips yang mungkin juga berguna kepada sesetengah orang. Diharap agar anda semua dapat berusaha gigih dan mengharumkan nama fakulti pengurusan maklumat di cawangan Sarawak ini.