Tuesday, February 23, 2010

Kejohanan sukan antara program UiTM Sarawak 2010

Salam warga INFORMS,

Pencarian atlet-atlet berbakat untuk pelbagai jenis sukan telah dimulakan. Pencarian telah dimulakan sejak sebelum tahun baru cina lagi. Setiap pelajar yang ingin menyertai kejohanan tersebut secara automatik akan menjadi wakil fakulti. Kepada pelajar yang berminat, silalah berhubung dengan setiap pensyarah IM bagi mengenalpasti pegawai yang bertugas bagi setiap jenis sukan. Sekian...

Wednesday, February 10, 2010

Kejohanan Boling FPM Dec - Apr 2010

Salam 1 INFORMS,

Baru-baru ini seperti sedia maklum, persatuan telah menganjurkan aktiviti kedua yang telah dilaksanakan dengan jayanya. Butiran aktiviti adalah seperti berikut:

Nama aktiviti: Kejohanan Boling FPM Dec-Apr 2010
Tarikh: 07 Feb 2010 (Ahad)
Masa: 10am-1pm
Tempat: Crystal Bowl BDC

Terdapat 9 kumpulan berentap bagi memenangi kejohanan tersebut. Berikut adalah senarai pemain yang telah mengikuti kejohanan tersebut.

No.

Nama Pelajar

Sem 6

Kump. 1

  1. Muhd Azri Mahat
  1. Hifzuddin Mohd Radzi
  1. Muhd. Farhan Nazri
  1. Jonetta Berman


Sem 6

Kump. 2

  1. Nornazira Bt Shaari
  1. Muhd Zakuwan B Awang
  1. Mohd Shahrulnizam Ibrahim
  1. Mohd. Saufi B


Sem 05

Kump. 1

  1. James
  1. Jerry
  1. Amira
  1. Hanis


Sem 05

Kump. 2

  1. Jannah
  1. Azril
  1. Montel
  1. Zafian


Sem 04

Kump. 1

  1. Kevin Ong
  1. Muhd Khairi
  1. Erdawati
  1. Dayang Raziela


Sem 04

Kump. 2

  1. Nurhazreen Ashyikin
  1. Siti Khairiah
  1. Paul Carling
  1. Nur Hafizah Zainal Abidin


Sem 03

Kump.1

  1. Mahsuri
  1. Hazwani
  1. Khairul nazlee
  1. Amirul


Sem 02

Kump.1

  1. Kushaida
  1. Nia Nurain Bt Johar
  1. Siti Nurhijrah Sufferi
  1. Nurul Shafida



Kump.

Pensyarah

1. Rafiz


2. Sharin

3. Suriani

4. Ali



Setiap kumpulan telah mencuba sedaya upaya untuk menjuarai aktiviti tersebut. Tapi adat bermain, ada yang kalah dan ada jua yang menang. Kumpulan yang menang adalah seperti berikut:

Johan
Sem 6 Kumpulan 1
1. Azri
2. Hifzuddin
3. Farhan
4. Jonetta
# Jumlah jatuhan pin = 1058

Naib johan
Sem 5 Kumpulan 1
1. James
2. Jerry
3. Amira
4. Hanis
# Jumlah jatuhan pin = 849

Tempat ketiga
Sem 6 Kumpulan 2
1. Nornazira
2. Zakuwan
3. Shahrulnizam
4. Saufi
# Jumlah jatuhan pin = 802

Kategori Lelaki Terbaik

Azri
#Jumlah jatuhan pin = 303

Kategori Wanita Terbaik
Nurhazreen
#Jumlah jatuhan pin = 349

Di sini saya ingin mengumumkan bahawa tiga nama lelaki dan tiga nama wanita telah dipilih secara automatik bagi mengikuti Kejohanan Antara Program yang akan dianjurkan tidak lama lagi. Nama-nama yang tersenarai diminta berurusan dengan Mdm Suriani. Nama-nama mereka yang terpilih adalah berdasarkan kepada jatuhan pin yang terbanyak pada kejohanan kali ini. Nama-nama mereka yang terpilih adalah seperti berikut:

Lelaki
1. Azri =303
2. Shahrulnizam = 294
3. Farhan = 263

Wanita
1. Nurhazreen = 349
2. Jonetta = 243
3. Siti Nurhijrah = 175

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan tahniah juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Di sini pihak fakulti telah mensasarkan 12 kumpulan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan pada kali ini tetapi fakulti cuma berjaya mengumpul 9 kumpulan. Pihak fakulti mengucapkan terima kasih kepada semua wakil semester yang telah mengikuti aktiviti yang telah dianjurkan walaupun ada wakil semester yang cuma menghantar 1 kumpulan sahaja tetapi pengarang berasa hairan kepada pelajar junior dari semester 1 di mana mereka langsung tidak menghantar wakil. Pengarang tidak tahu apa silapnya sedangkan senior dari semester lain sanggup menjayakan aktiviti yang dijalankan. Pengarang diberitahu bahawa terdapat pensyarah yang telah memberitahu kepada semua pelajar junior tentang aktiviti ini sekiranya mereka tidak memiliki yahoogroup atau membuka blog. Tidak mungkin pelajar semester 1 tidak tahu tentang aktiviti ini? Pengarang berharap perkara seperti ini tidak akan berlaku pada masa-masa akan datang. Kerjasama semua adalah perlu bagi menjayakan setiap aktiviti yang akan dijalankan. Sekian...

Saturday, February 6, 2010

Malam Aspirasi INFORMS

Salam 1 INFORMS,

Di sini saya ingin mengemaskini tentang aktiviti yang baru dianjurkan oleh fakulti. Seperti yang sedia maklum, penganjuran aktiviti pertama bagi sesi Dis – Apr 2010 telah dilaksanakan seperti butir – butir berikut:Tajuk : Malam Aspirasi INFORMSTarikh: Jumaat (29 Januari 2010)Tempat: Dewan Jubli
Masa: 7.15 petang
Tema: MasqueradeAktiviti tersebut telah diuruskan oleh pelajar semester 1 atas seliaan Puan Imilia, Puan Sabariah, Puan Suriani dan juga Encik Ismail. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti ceramah, nyanyian solo dan berkumpulan, karaoke, cabutan bertuah dan lain-lain lagi . Pengarang melihat semua pelajar dan pensyarah gembira dengan aktiviti yang telah direncanakan. Mungkin ada kecacatan sedikit dari segi teknikal tetapi kelemahan tersebut adalah di luar kawalan pengurusan. Syabas diucapkan kepada semua yang telah menjayakan aktiviti ini. Berikut adalah peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang aktiviti dijalankan.

Ucapan perasmian oleh Ketua Program

Ceramah disampaikan oleh En Mahmud

Pemenang cabutan bertuah disampaikan oleh Pn Sabariah

Nyanyian berkumpulan oleh pelajar semester 6

Nyanyian solo oleh wakil pelajar semester 1

Lagi persembahan oleh pelajar semester 6

Pengacara majlis

Antara pensyarah yang hadir pada majlis tersebut