Program Karnival Sukan Rakyat adalah salah satu program aktiviti bersama Persatuan Pengurusan Maklumat pada semester ini. Antara objektifnye adalah:
Memberi peluang kepada para pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat untuk member semangat dan bekerjasama antara satu sama lain.
Mengeratkan silaturrahim diantara pelajar dan para pensyarah.
Melahirkan para pelajar yang berkeyakinan tinggi dalam menampilkan diri di khalayak ramai.
Mengurangkan tekanan para pelajar dalam aktiviti-aktivitu bersifat akademik.
Aktiviti ini telah diadakan pada:
Tarikh : 31 Julai 2010
Masa : 9:00 pagi - 3:00 petang
Tempat : Padang Mini Unit Sukan, Universiti Teknologi MARA Sarawak, Kampus Kota Samarahan.
Seramai lebih kurang 120 orang pelajar terlibat termasuk peserta dan ahli jawatankuasa Persatuan Pengurusan Maklumat dengan aktiviti ini dan dihadiri oleh 7 orang pensyarah dari Fakulti pengurusan Maklumat.
Kaedah perlaksanaan:
Permainan yang dipertandingkan terbuka kepada semua pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat dan juga para pensyarah.
Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan diwakili 12 orang pelajar.
Pelajar diberi pilihan untuk menyertai mana-mana 10 aktiviti yang dipertandingkan.
Setiap pemenang diberikan perhargaan berupa cederamata dan hamper.
Sepuluh aktiviti yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
·Baling Selipar
·Bola kampong
·Tarik upih
·Polis & thief
·Lompat tali getah
·Galah panjang
·Tarik tali
·Musang & anak ayam
·Pepsi cola
·Bowling kelapa
Secara keseluruhannya, semua pelajar yang hadir bagi “Karnival Sukan Rakyat INFORMS 2010” ini telah member komitmen dalam menjayakan program dan memberikan sepenuhnya kerjasama untuk memastikan projek ini berjalan dengan lancar. Walaupun kehadiran para pelajar kurang memuaskan, tetapi semangat kesukanan yang di pamerkan oleh sebahagian para pelajar yang hadir sangat memuaskan. Para pensyarah dar Fakulti Pengurusan Maklumat turut memberikan komitmen yang baik dan memberikan komen yang membina kepada para peserta yang telah melibatkan diri dalam aktiviti ini.
Aktiviti pertama yang dianjurkan oleh persatuan adalah Program Phoenix Rising siri ke-3 (team building) di mana objektif program adalah seperti berikut:
Melatih dan membentuk disiplin pelajar-pelajar dalam penggunaan kemahiran maklumat dan bersosial
Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran pelajar-pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat ke arah peningkatan motivasi diri.
Program ini telah di laksanakan sepenuhnya oleh pelajar semester enam (6) Fakulti Pengurusan Maklumat dengan bantuan dan bimbingan daripada pensyarah fakulti sendiri. Program ini telah di jalankan pada:
Tarikh : 24 dan 25 Julai 2010
Tempat : Sekitar Kampus UiTM Kota Samarahan
Seramai148 orang peserta telah terlibat dengan program Phoenix Rising siri ke-3 ini yang mana mereka terdiri daripada pelajar Semester Satu (1) dan dua (2) Fakulti Pengurusan Maklumat.
Program ini telah di laksanakan dengan pemecahan aktiviti kepada dua aktiviti utama yang mana ia termasuklah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan juga aktiviti luar – ”INFORMS Explorace”. Pendaftaran para peserta di lakukan oleh urusetia yang bertugas. Bagi melicinkan lagi pelaksanaan program, setiap peserta telah di bahagikan kepada 10 Kumpulan dimana pelajar semester satu dan dua di campurkan untuk membentuk satu kumpulan. Setiap kumpulan ini di ketuai oleh dua orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar semester akhir dalam membimbing para peserta untuk melaksanakan aktiviti yang di beri. . Pada hari pertama, pelaksanaan Program Phoenix Rising siri ke-3 telah di adakan di Dewan Kuliah 1 untuk aktiviti LDK pada sebelah pagi dan beralih ke Blok K – Auditorium 2 untuk aktiviti LDK pada sebelah petang. Berikut adalah senarai aktiviti yang telah di laksanakan pada hari pertama Program berlangsung:
Ice Breaking
LDK 1 – Logo Kreatif
LDK 2 – Siapa Dia
LDK 3 – Sik Lalek
LDK 4 – Cari Sepatu Sendiri
LDK 5 – Human Alphabetical
LDK 6 – Animal Scream
LDK 7 – Charrette
LDK 8 – Tongue Twister
Aktiviti INFORMS Explorace di lakukan pada hari kedua Program Phoenix Rising siri ke-3 diadakan yang mana aktiviti ini telah di laksanakan sepenuhnya pada sebelah pagi di Tempat letak kereta B dan juga Sekitar Kampus UiTM. Berikut merupakan aktiviti yang di lakukan oleh peserta untuk menyempurnakan ”INFORMS Explorace”:
Check Point
Tempat
Fasilitator
Tugasan / Aktiviti
1
Car Park B
Mohd Nor Amira
Ahmad Hanis
Tolak kereta 100 m
Mencari gula-gula dalam tepung
2
Tasik UiTM
Jerry
Hernee
Isikan air dan tepung ke dalam botol
3
Perkarangan Blok G
Farzana
Salmi
Lengkapkan ”Jigsaw Puzzle”
Bina piramid menggunakan daun terup
4
Tangki Air Kolej Gading
Azril
Azzyati
persembahan ”Limbo Dance”
Merangkak di bawah tangki
5
Perpustakaan
Lydiane
Syanta
Tulis ”Citation” buku menggunakan APA style
6
Hutan Buluh
Siti Norazimah
Mornira
Menjawab teka taki
Menari mengikut rentak yang di berikan
7
Pagar Utama UiTM
Evelyn
Natie
Minum campuran kopi dan pisang
Tiup belon berisi air sehingga pecah
8
Surau Lama
Setimah
Haslina
Mencari syiling di dalam tepung.
9
Gelanggang Tennis
Azrin
Syukri
Membuat garisan menggunakan peralatan yang ada pada peserta
10
Pagar Kolej Mulu
James
Paul
Berkawad
Menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu UiTM
Antara aktiviti lain yang di buat pada Program Phoenix Rising siri ke-3 ini ialah Santai bersama Pensyarah, INFO Talent dan juga sesi penyampaian hadiah kepada para peserta. Sesi Santai bersama Pensyarah telah di adakan pada sebelah petang hari kedua pelaksanaan aktiviti bertempat di Auditorium 2. Aktiviti ini telah dilaksanakan sepenuhnya oleh pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat dengan tujuan untuk memudahkan para peserta mengenali lebih rapat tenaga pengajar Fakulti Pengurusan Maklumat di samping mendapatkan lagi gambaran dan pengetahuan peranan Fakulti Pengurusan Maklumat dalam bidang Pengurusan. INFO Talent merupakan aktiviti wajib yang mana tugasan telah di berikan kepada peserta pada hari pertama program.