Wednesday, May 4, 2011

eCO-G-Day: 3R We Care

Program ini dijalankan dengan tujuan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan maklumat serta sumber-sumber maklumat yang ada di sekeliling kita. 3R mewakili pengurangan (reduce ) guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle) . Program ini disasarkan kepada para pensyarah dan pelajar UiTM secara keseluruhannya. Program yang mengambil masa seminggu ini merangkumi tiga (3) aktiviti kecil iaitu:

1 Pameran eCo-G-Day: 3R We Care

2 Pertandingan Video dan Fotografi

3 Kempen Kitar Semula UiTM Sarawak

Melalui aktiviti ini, persatuan selaku jawatankuasa pelaksana berharap agar segenap lapisan masyarakat terutamanya warga universiti dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan tentang penjagaan kebersihan dan kesihatan alam sekitar.Program ini juga diadakan untuk memberi peluang kepada kumpulan sasaran untuk memperolehi maklumat tentang peranan mereka mengekalkan tahap kebersihan dan kesihatan alam sekitar.Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan budaya mesra insan dan alam di kalangan warga universiti serta menonjolkan bakat kreativiti dalam diri pelajar dan peserta.program Eco-G-Day 2: 3R We Care ini juga memberi peluang kepada para pelajar bersaing khususnya pelajar dari Diploma Pengurusan Maklumat secara baik dalam menghasilkan sesebuah produk ”eco-friendly” terhadap alam sekitar.

Pada 28haribulan Mac 2011,ajk inform telah mengadakan kutipan bahan-bahan terpakai di car park B dari jam 10 pagi sehingga 5 petang.Pada hari tersebut seramai 97 pelajar termasuk pensyarah menghantar barangan terpakai seperti plastik,tin kosong dan kertas.barangan kitar semula ini telah dijual ke pusat kitar semula. Program ini dilakukan untuk menggalakkan Warga Universiti Teknologi MARA Sarawak (Para pensyarah, mahasiswa dan mahasiswi serta kakitangan UITM) untuk terlibat dalam satu aktiviti kitar semula.

Perasmian eCo-G-Day2: 3R We Care ini telah dijalankan di Youth Floor pada 31 Mac 2011.program telah dimulakan pada jam 8.30 pagi dan dirasmikan oleh ketua program Diploma Pengurusan Maklumat iaitu puan Imilia Ibrahim. Puan Imilia Ibrahim selaku Ketua Program Diploma Pengurusan Maklumat (IS110) juga telah menyampaikan kata alu-aluan dan penghargaan kepada mereka yang terlibat dengan aktiviti ini.Selain itu,beliau juga turut merasmikan pertandingan video dan fotografi.

Pameran eCo-G-Day: 3R We Care ini juga telah dilaksanakan mengikut format biasa penganjuran pameran. Setiap pelajar semester 3 yang mengambil kod kursus IMD 202 (Promotion of Inforamtion Products and Services) telah mempamerkan hasil kerja yang mengikut tema pameran yang diadakan.recycle campaign ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu,kategori pensyarah dan student. Antara pemenang pertandingan recycle campaign adalah:

Kategori pensyarah:

Liew Yit Lian

Pauline Achan

Agnes Nanang


Kategori pelajar:Muhammad Faiz bin Azmi

Siti Naziera binti Mohd Daud

Bagi pertandingan photografi dan video pula pemenangnya adalah,


Pemenang bagi pertandingan photografi:

Hazwani binti Sharkawi

Pemenag bagi pertandingan video:

Ernie Aqilah

Kami, Persatuan Pengurusan Maklumat (INFORMS) berharap agar persatuan kami akan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak yang prihatin dalam menjayakan program Eco-G-Day: 3R We Care. Adalah menjadi harapan kami sekiranya segala apa yang dirancang dalam program ini akan berjalan dengan lancar.