Saturday, February 21, 2009

Futsal INFORMS 2009...

Salam kepada semua warga INFORMS,

Aktiviti pelajar yang kedua sesi Dis - Apr 2009 seperti yang sedia maklum, fakulti telah menganjurkan aktiviti futsal yang telah dijalankan dengan jayanya dan julang-julung kali diadakan. Aktiviti ini bertajuk Futsal INFORMS 2009.Aktiviti ini telah dijalankan seperti berikut:

Tempat : Parking B (Bersebelahan Anjung Seri)
Tarikh : 21 Februari 2009
Masa : 8:00 pagi

Alhamdulillah, cuaca pada waktu pagi dilihat amat baik. Pelajar pada pagi tersebut dilihat amat bersemangat. Setiap peserta telah membuat persiapan dengan semua kumpulan sebelum memulakan perlawanan, mereka perlu membuat 'streching' bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Di lihat penonton dari semasa ke semasa mula memenuhi ruang bagi menyokong setiap kumpulan masing-masing. Antara pasukan yang bertanding pada pertandingan futsal ini adalah seperti berikut:


Pasukan Lelaki

Semester 1

Nama Pasukan : Freshie

Ketua Pasukan : Khairul Nazlee


Semester 2

Nama Pasukan : BIG 2

Ketua Pasukan : Shah Razmeer


Semester 3

Nama Pasukan : Q-Mark

Ketua Pasukan : Jerry Jik


Semester 4

Nama Pasukan : Low Note FC

Ketua Pasukan : Zulfadli


Semester 5

Nama Pasukan : Tommey & Friends

Ketua Pasukan : Duranie Adem


Semester 6

Nama Pasukan : Kaki Bangku Kembali

Ketua Pasukan : Ghause


Pasukan Wanita

Semester 2

Nama Pasukan : Giler Kentang

Ketua Pasukan : Nur Yusra


Semester 3

Nama Pasukan : The Berries

Ketua Pasukan : Natie Liap


Semester 4

Nama Pasukan : Fabulous Siswi

Ketua Pasukan : Syafiqah Bt. Sa'at


Semester 5

Nama Pasukan : IZ.KETAM.BOLA

Ketua Pasukan : Welma Jembai


Semester 6

Nama Pasukan : Group Kita

Ketua Pasukan : Nafisah Bt Halid


Pada pukul 8:30 pagi, perlawanan pun dimulakan. Kelihatan semua penonton semangat bersorak untuk kumpulan masing-masing. Pada pukul 11 pagi, walaupun cuaca kelihatan semakin panas tetapi semuanya masih setia menunggu untuk memberikan sokongan kepada kumpulan sehingga program selesai. Pemenang bagi kategori lelaki, tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan BIG 2, tempat kedua Kumpulan Low Note FC dan tempat ketiga Kumpulan Kaki Bangku Kembali. Pemenang bagi kategori wanita pula tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan Giler Kentang, tempat kedua kumpulan The Berries dan tempat ketiga adalah kumpulan Group Kita.Program ini selesai pada pukul 4:00 petang.


Strecthing sebelum bermain

Antara AJK-AJK yang terlibat dalam mengendalikan program
Pom-Pom girl dari semester 6
iklan!!!


Gelagat para peserta dan penonton pada hari tersebut

Tempat ke-3 = Group Kita

Tempat ke-2 = The Berries

Tempat Pertama = Giler Kentang

Tempat ke-3 = Kaki Bangku Kembali

Tempat ke-2 = Low Note FC


Tempat pertama = BIG 2

Terima kasih pengarang ucapkan kepada semua yang hadir pada hari tersebut. Walaupun semua kelihatan letih di sebabkan cuaca terlalu panas tetapi dilihat semua peserta dan penyokong gembira dengan aktiviti yang telah dijalankan. Terima kasih juga diucapkan kepada AJK yang telah bertungkus-lumus menjayakan aktiviti ini. Tidak dilupakan kepada Pn. Imilia, Pn. Sabariah dan Cik Suhaida kerana membantu AJK makanan dalam menyediakan makanan dan minuman serta menyediakan hamper pada hari tersebut. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang menjayakan aktiviti ini.

7 comments:

  1. Salam...hmmm...tak sangka ramai jugak pemain bola sepak yang professional di fakulti ini...fuyooo...nanti bolehlah ajar sir main...hahaha...walaupun sir tak datang atas sebab tertentu...hehehe...tapi rasa menyesal jugak tak pergi...anyway AJK Infroms Congrats...pisss... terkejut jugak Sir tengok muka korang kene sunburn...takpe nanti cantiklah kulit tu..hehehe...

    ReplyDelete
  2. congrats to all winners...
    piala pengarah tanak masok ke...?
    fakulti tanak hanta team ke...?
    takkan takut ngan bdk2 banking ngan dbes...?
    hehehe...

    ReplyDelete
  3. one thing that i hate about outdoor xtvt adalah; sunburn.
    but, we hv fun.

    :)

    ReplyDelete
  4. Yang penting gambar yang kat iklan tu adalah terbaik.heheh

    ReplyDelete
  5. Kepada Si Kaki Bangku, bila nak jadik followers kepada Informatics Zone? jangan mengomen jer..jadilah sebahagian dari blog ini yerk...hehehehe...kepada Informs Sarawak...aku setuju benar pic iklan tu yang terbaik....Vote for Informs yeahhhhhhh

    ReplyDelete
  6. asal my pic stgh badan jer appear?

    ReplyDelete