Monday, February 16, 2009

Open Mike Day Meriah!!!

Salam kepada semua warga INFORMS,

Kali ini pengarang ingin berkongsi cerita mengenai aktiviti yang diadakan baru-baru ini. Aktiviti yang diberi nama 'Open Mike Day' yang pada mulanya menimbulkan pelbagai isu tetapi akhirnya telah di jalankan dengan jayanya. Aktiviti ini telah diadakan seperti berikut:

Tarikh : 15 Februari 2009
Masa : 2:00 petang
Tempat : Auditorium 1

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah seperti berikut:
1) Memberi peluang kepada para pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat untuk menyerlahkan bakat terpendam.
2) Mengeratkan silaturrahim di antara pelajar senior dan junior.
3) Melahirkan para pelajar yang berkeyakinan tinggi dalam menampilkan diri di khalayak ramai.
4) Mengurangkan tekanan para pelajar dalam aktiviti-aktiviti bersifat akademik.

Jadi, aktiviti ini telah diwakili oleh semua semester di mana setiap semester dimestikan menghantar wakil masing-masing untuk menonjolkan bakat. Persembahan boleh dilakukan samada secara solo mahupun berkumpulan. Sambil penonton melihat galagat para peserta di pentas, mereka juga boleh membeli makanan dan minuman yang turut dijual oleh AJK INFORMS.

Semasa melihat gelagat para peserta di atas pentas, pengarang sempat memerhati setiap penonton yang berada di dalam dewan Auditorium. Kesemuanya dilihat gembira dan ceria melihat telatah peserta yang sangat mencuit hati para penonton. Pengarang juga gembira kerana program ini dilihat berjaya menarik minat penonton juga dapat mengurangkan tekanan.

Pengacara majlis yang sporting...Pose cute tu!!!

AJK yang bertanggungjawab mengawal sistem Audio

Wakil semester 3 membuat persembahan. Senamrobik kot???

Penonton di minta mengikut apa yang wakil semester 3 lakukan

Wakil semester 5 membuat persembahan nyanyian secara berkumpulan

Wakil Semester 1 membuat persembahan.

Wakil Semester 4, Kayren membuat nyanyian solo. Tajuk lagu pe ah??

Penonton gembira dengan persembahan Kayren

Nyanyian solo wakil semester 2. Lagu Terima Kasih Cinta - Afgan

iklan!!!

Persembahan Multimedia wakil semester 6 kumpulan 1

Persembahan Multimedia dan nyanyian wakil semester 6 kumpulan 2

Sesi perkenalan semula pelajar semester 1

Semua pelajar dari semester lain bersalaman dengan pelajar semester 6

Sesi bergambar dengan semua pelajar INFORMS

Terima kasih diucapkan kepada semua AJK INFORMS kerana telah menjayakan aktiviti ini dengan jayanya. Walaupun ini merupakan aktiviti pertama bagi semua AJK INFORMS yang baru tetapi semua telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pengelola. Tahniah juga diucapkan kepada Encik Sharin dan juga Encik Ismail selaku Ketua Projek kerana telah menjayakan aktiviti ini. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan di masa akan datang..

11 comments:

  1. yayaya..open mike day yg best gile n sume sporting2.. ceh sir...nk jugak selit gmbr sir..kikikiki..:p nway..nice blog..

    ReplyDelete
  2. yupp!!event smlm tu leh dkira success!!mmg have FUN sgt!!hope after diz,akn diadakn lg xtvt ni..tahniah wt sume yg trlibat!! :)

    ReplyDelete
  3. keapda bakat-bakat yang ada serlahkan lagi kecermalnagan anda dan pergi lebih jauh lagi tapi menyanyi menyanyi gak jangan lupa belajar.k. terkejut Sir Sharin semuanya berbakat besar. tak sangka..fuyoooooo...Wasalam

    ReplyDelete
  4. huhhuh.. ada blog sudah.. bagus2.. banyak peningkatan.. semoga INFORMS terus maju... heheheh...

    ReplyDelete
  5. Gambar yang kat iklan tu mmg kacak...hehehe

    ReplyDelete
  6. wa....bngga jadi is studnt....harap ada gik event2 cmtok next time...
    to organizer=thumbs up
    u guys doing a great job to shut up the mouth that keep condemn u guys...

    ReplyDelete
  7. tambah kit lok..
    dah makin berisik sir sharin lok...heheh

    ReplyDelete
  8. INFORMS Sarawak asik puji iklan kacak je...
    haha.....

    arold 88,yup..sir sharin dah berisi skit....

    manjegurlz..sir aoe yg suke prasan??

    haha...

    adil@org tuer....

    ReplyDelete
  9. sir kent yg pasan kacak..iklan!!hihihi

    ReplyDelete
  10. wei komen membinalah sikit..hahaha

    ReplyDelete