Tuesday, February 3, 2009

Ucapan Tahniah Kepada Peserta Konvensyen KIK Pelajar 2008/2009

Salam kepada semua warga INFORMS,

Post kali ini pengarang ingin berkongsi cerita kepada semua tentang penglibatan peserta dari Fakulti Pengurusan Maklumat yang telah diadakan di Dewan Seminar Melati Perak, Kolej Melati UiTM Malaysia. Seramai 11 kumpulan KIK Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang di wakili oleh Kampus Shah Alam dan Kampus-kampus Cawangan telah berjaya membuat persembahan yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 17-18 Januari 2008. INFORMS yang diketuai oleh En. Mohd Zafian Bin Mohd Zawawi juga mewakili Kolej Seri Gading telah merangkul Juara Keseluruhan apabila membawa pulang Piala Pusingan Majlis Pengetua, Johan Konvensyen Akhir KIK Pelajar 2008/2009 Peringkat UiTM, Wang Tunai RM2000, Piala Iringan & Sijil Penyertaan. En. Mohd Zafian Bin Mohd Zawawi juga dipilih sebagai Fasilitator Terbaik Kumpulan KIK Pelajar 2008/2009. Hadiah disampaikan oleh Yang Berbahagia Professor Madya Dr. Rosmin Talib, Pengarah Pembangunan Pelajar, UiTM Malaysia dan diiringi oleh Encik Ibrahim Bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa KIK Pelajar 2008/2009 .

INFORMS, daripada Kolej Seri Gading UiTM Sarawak memenangi Piala Pusingan Majlis Pengetua, Johan Konvensyen Akhir KIK Pelajar 2008/2009 Peringkat UiTM, Wang Tunai RM2000, Piala Iringan & Sijil Penyertaan yang disampaikan oleh PM Dr. Rosmin Talib dan diiringi oleh En. Ibrahim Bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa KIK Pelajar 2008/2009.


Di harap kejayaan ini memberi semangat kepada setiap pelajar bagi menyertai pertandingan KIK akan datang dan secara tidak langsung meningkatkan imej fakulti di dalam kampus Sarawak mahupun UiTM secara keseluruhannya. TAHNIAH diucapkan...

3 comments:

  1. Salam.. Tahniah utk semua warga INFORMS. Tahniah kepada pelajar serta fasilitator en.zafian. Didoakan kalian terus berjaya.

    Bakry m
    @ http://albakri88.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. Salam...saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En Zafian sebagai ketua fasilitator KIK dan para pelajar INFORMS yang terlibat. Teruskan kecemerlangan di masa yang akan datang. Wasalam

    ReplyDelete
  3. tahniah kepada semua yang terlibat kecuali MOHAMAD HAIDIR BIN WASLI

    ReplyDelete