Sunday, March 22, 2009

Kejohan Sukan Antara Program UiTM Sarawak 2009

Salam kepada semua warga INFORMS,

Seperti yang sedia maklum, Kampus UiTM Kota Samarahan Sarawak telah mengadakan Kejohanan Sukan Antara Program UiTM Sarawak 2009. Terdapat beberapa acara yang telah di pertandingkan di mana semua fakulti telah mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan. Fakulti Pengurusan Maklumat juga tidak ketinggalan dalam menjayakan aktiviti yang telah dianjurkan. Fakulti telah menghantar wakil bagi pertandingan Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton, Futsal dan juga Tenpin Boling.

Bagi pertandingan Bola Jaring, pertandingan telah diadakan seperti perkara berikut:
Tarikh : 28/02/09 (Sabtu) hingga 01/03/09 (Ahad)
Masa : 8:00pg - 7:00ptg
Tempat : UiTM /Kompleks Sukan
Keputusan bagi pertandingan ini, peserta telah berjaya mara ke peringkat suku akhir. Pengarang percaya peserta telah menunjukkan semangat yang kental, namun rezeki tidak berpihak kepada peserta INFORMS.

Bagi acara Bola Tampar, pertandingan telah diadakan seperti perkara berikut:
Tarikh : 28/02/09 (Sabtu) hingga 01/03/09 (Ahad)
Masa : 8:00pg - 7:00ptg
Tempat : UiTM /Kompleks Sukan
Keputusannya, peserta perempuan berjaya meraih pingat Gangsa manakala peserta lelaki sekadar di tempat ke - 4

Bagi acara Badminton pula, pertandingan telah diadakan seperti berikut:
Tarikh : 07/03/09 (Sabtu) hingga 08/03/09 (Ahad)
Masa : 8:00pg - 7:00ptg
Tempat : UiTM /Dewan Jubli
Keputusan, Jerry ak Jik dari semester 3 berjaya mendapat perak

Bagi acara Futsal, pertandingan telah diadakan seperti berikut:
Tarikh : 14/03/09 (Sabtu) hingga 15/03/09 (Ahad)
Masa : 8:00pg - 7:00ptg
Tempat : Golden Hawk, Kota Samarahan
Keputusannya, peserta perempuan berjaya meraih pingat Emas manakala peserta lelaki sekadar di tempat ke - 4. Tahniah kepada pemenang.

Akhir sekali, bagi acara Tenpin Boling, pertandingan telah diadakan seperti perkara berikut:
Tarikh : 14/03/09 (Sabtu) hingga 15/03/09 (Ahad)
Masa : 8:00pg - 7:00ptg
Tempat : Golden Hawk, Kota Samarahan
Keputusan bagi acara ini di mana peserta lelaki telah berjaya meraih Gangsa. Berikut adalah antara gambar-gambar semasa pertandingan diadakan:

Gambar semasa Pertandingan Bola Tampar



Suasana ketika Pertandingan Tenpin Boling

5 comments:

  1. Salam...

    Pelajar-pelajar FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT telah berjaya membuktikan kemampuan masing2 dalam bidang sukan walaupun tanpa JURULATIH seperti fakulti2 lain. minta kepada pihak2 atasan agar dapat mengetengahkan bakat2 pelajar supaya tidak hilang begitu saja.

    Sekalung tahniah di ucapkan kepada pasukan futsal wanita yang telah berjaya muncul johan menewaskan FAKULTI SAINS SUKAN(diorang ni johan futsal KARISMA MALAYSIA)

    Tahniah juga kepada pasukan beregu badminton kerana berjaya muncul beregu kedua terbaik di UITM..

    Dan tahniah juga kepada pelajar2 yg berjaya mendapat tempat ketiga. Tidak lupa juga kepada semua penyokong2 FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT...

    MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...
    sekian
    MOHD ADIL HIDAYAT BIN MOHD KAMAL
    ISD 6U1

    ReplyDelete
  2. Pisssttt....kalau ada jurulatih pun susah jugak kalau takda kerjasama dalam kumpulan..bak kata orang kena ada chemistry yang baik antara jurulatih dan anak buahnya...faktor lain harus diambilkira..ala macam yang terjadi dengan pasukan bola sepak kebangsaan..hahaha..sekadar renungan...

    ReplyDelete
  3. yup.memang pasukan tak akan maju klau tak ada chemistry antara jurulatih dan pemain.(buktinya pasukan takraw kebangsaan.)

    p/s: tahniah kepada AZIZULHASNI DAN MOHD RIZAL TISIN(orang klang 2 wey)yang telah berjaya mengharumkan nama negara pada kejohanan basikal dunia.

    ReplyDelete
  4. kacak la mamat bj hijau dgn medal tu.hehe

    ReplyDelete