Saturday, February 6, 2010

Malam Aspirasi INFORMS

Salam 1 INFORMS,

Di sini saya ingin mengemaskini tentang aktiviti yang baru dianjurkan oleh fakulti. Seperti yang sedia maklum, penganjuran aktiviti pertama bagi sesi Dis – Apr 2010 telah dilaksanakan seperti butir – butir berikut:Tajuk : Malam Aspirasi INFORMSTarikh: Jumaat (29 Januari 2010)Tempat: Dewan Jubli
Masa: 7.15 petang
Tema: MasqueradeAktiviti tersebut telah diuruskan oleh pelajar semester 1 atas seliaan Puan Imilia, Puan Sabariah, Puan Suriani dan juga Encik Ismail. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti ceramah, nyanyian solo dan berkumpulan, karaoke, cabutan bertuah dan lain-lain lagi . Pengarang melihat semua pelajar dan pensyarah gembira dengan aktiviti yang telah direncanakan. Mungkin ada kecacatan sedikit dari segi teknikal tetapi kelemahan tersebut adalah di luar kawalan pengurusan. Syabas diucapkan kepada semua yang telah menjayakan aktiviti ini. Berikut adalah peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang aktiviti dijalankan.

Ucapan perasmian oleh Ketua Program

Ceramah disampaikan oleh En Mahmud

Pemenang cabutan bertuah disampaikan oleh Pn Sabariah

Nyanyian berkumpulan oleh pelajar semester 6

Nyanyian solo oleh wakil pelajar semester 1

Lagi persembahan oleh pelajar semester 6

Pengacara majlis

Antara pensyarah yang hadir pada majlis tersebut

3 comments:

  1. WOAH HEBAT KORG SKG YE? KTORG DULU TEMA JE HEBAT, TAPI AKU SORG JE IKUT TEMA... CAMNE TUH? KORG MMG BESH LA, SUPPORTING!!!

    ReplyDelete
  2. interpretasi yg ganjil...
    hahaha...

    ReplyDelete
  3. Congrts to part 1 student!
    It's quite fun and enjoyable...
    Hopefully, next time there will be more student to participate (Come on) :):)

    ReplyDelete