Program eCO-G-Day: 3R We Care” ini dijalankan dengan tujuan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan maklumat serta sumber-sumber maklumat yang ada di sekeliling kita. 3R mewakili pengurangan (reduce ) guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle) . Program ini disasarkan kepada para pensyarah dan pelajar UiTM secara keseluruhannya. Program yang mengambil masa seminggu ini merangkumi tiga (3) aktiviti kecil iaitu:
Pameran eCo-G-Day:
- 3R We Care
- Pertandingan Video dan Fotografi
- Kempen Kitar Semula UiTM Sarawak
Objektif
Melalui aktiviti ini, persatuan selaku jawatankuasa pelaksana berharap agar segenap la
pisan masyarakat terutamanya warga universiti dapat:Memanfaatkan ilmu pengetahuan tentang penjagaan kebersihan dan kesihatan alam sekitar.
- Memberi peluang kepada kumpulan sasaran untuk memperolehi maklumat tentang peranan mereka mengekalkan tahap kebersihan dan kesihatan alam sekitar
- Mewujudkan budaya mesra insan dan alam di kalangan warga universiti
- Menonjolkan bakat kreativiti dalam diri pelajar dan peserta.
- Memberi peluang kepada para pelajar bersaing secara baik dalam menghasilkan sesebuah produk ”eco-friendly”
Tarikh/Tempat/Masa
Pameran eCo-G-Day: 3R We Care
Tarikh : 30 September 2010
Tempat : Pusat Pelajar dan Dewan Jubli
Masa : 2.30 pm – 5.00 pm
Pertandingan Video dan Fotografi
Tarikh : 30 September 2010
Tempat : Pendaftaran perserta (Pusat Pelajar)
Masa : 10.00 am – 5.00 pm
Kempen Kitar Semula UiTM Sarawak
Tarikh : 30 September 2010
Tempat : UiTM Sarawak
Masa : 10.00 am – 5.00 pm
Selepas selesai eCO-G-Day, pada pukul 7 malam berlangsungnya malam aspirasi aidilfitri yang diadakan berakhir pada pukul 10 malam. Berikut adalah senario yang berlaku pada majlis tersebut
rindu uitm samarahan sgt2~!!
ReplyDeleteAie...Yatie..mailah ke sini...
ReplyDelete