Friday, January 16, 2009

Perlantikan AJK Baru INFORMS Sesi Dis 2008 - Dis 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk post terbaru kali ini adalah pengumuman perlantikan AJK INFORMS bagi Dis 2008 - Dis 2009. Hasil kata sepakat dan keputusan terakhir yang telah dicapai antara beberapa pensyarah, berikut adalah nama - nama perlantikan AJK INFORMS yang terkini:


JAWATANKUASA BARU INFORMS SESI DIS 2008 – DIS 2009


AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI

PRESIDEN : BRYAN SIMON MUKRI (Sem. 4)

TIMBALAN PRESIDEN : MUHAMMAD AZRI BIN MAHAT (Sem. 4)

SETIAUSAHA : NURULJANNAH RAIMI BINTI MOHD FIRDAUS (Sem. 3)

PENOLONG SETIAUSAHA : MELATI BINTI AIPIDI (Sem. 4)

BENDAHARI : SHARIFAH MORDIAH BINTI SYED ALI (Sem. 5)


EXPO PEMANTAPAN AKADEMIK DAN ROHANI

KETUA : MOHD ALI BIN ABDUL JALIL (Sem. 4)

PENOLONG KETUA : JULIANA BINTI SAKKA (Sem. 4)


EXPO TUGAS-TUGAS KHAS DAN PROTOKOL

KETUA : AMIREWADY @ AMIR HAMZAH BIN AHMAD (Sem. 3)

PENOLONG KETUA : JERRY AK JIK (Sem. 3)

EXPO SUKAN DAN REKREASI

KETUA : TOMEY ANAK KANYAU (Sem. 5)

PENOLONG KETUA : FLORA DE DOLIK (Sem. 4)


EXCO PUBLISITI, SIARAYA DAN PERHUBUNGAN AWAM

KETUA : HIFZUDDIN BIN MOHAMAD RADZI (Sem. 4)

PENOLONG KETUA : KAYREN ANAK NYANGGOH (Sem. 4)


EXCO PATRIOTISM, KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

KETUA : VALENTINE ANAK PETER KIANG (Sem. 5)

PENOLONG KETUA : RAFIDAH BINTI RAINI (Sem. 5)


EXPO KEBAJIKAN DAN KHIDMAT SOSIAL

KETUA : MOHD SHAHRULNIZAM BIN IBRAHIM (Sem. 4)

PENOLONG KETUA : JAMES MAMBU ZEHNDER (Sem. 3)


WAKIL SEMESTER

SEMESTER 1 : KHAIRUL NAZLEE

SEMESTER 2 : ADIKA DASHRIEQ EMMANUEL KAZA

SEMESTER 3 : LYDIANE CHADIAN ANAK RAKAWAI

SEMESTER 4 : MOHAMMAD HAFIZZUL SULAIMAN

SEMESTER 5 : KERRY EDISON BIN EDGAR

SEMESTER 6 : MOHD GHAUSE B ABD RAHMAN



Atas amanah yang telah diberikan, di harap semua AJK yang telah dipilih dapat melaksanakan dan memikul tugas dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab. Semoga AJK pada kali ini dapat bekerjasama sebagai sebuah pasukan yang mantap dalam menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang oleh persatuan. Di sini, pengarang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pemilihan AJK - AJK baru ini. Sekian...

Sunday, January 11, 2009

Program InformICE (Information and Communication Expo)

Salam kepada semua warga INFORMS,

Kali ini pengarang ingin berkongsi cerita tentang program kedua yang diadakan di dalam Kampus pada sesi Julai - Disember 2008. Program ini bertajuk InformICE yang lebih memberi penekanan kepada program berbentuk akademik. Yang menariknya di sini adalah program ini merupakan kombinasi daripada 3 program menjadi 1. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan maklumat serta sumber-sumber maklumat yang ada di sekeliling kita. Ketiga-tiga program tersebut adalah Pameran Informasi, Cabaran Maklumat dan Bengkel Eksplorasi IT. Kumpulan Sasaran adalah para pensyarah, pelajar UiTM dan juga pelajar sekolah menengah dan rendah di sekitar Kota Samarahan.

Ketiga-tiga program ini telah dirasmikan di Perkarangan pelajar. Aturcara program adalah seperti berikut:

10 Oktober 2008 (Jumaat)
09.00 : Semua ahli jawatankuasa dan tenaga sokongan berkumpul
09.30 : Kerja pembersihan Dewan Ju
bli, Kerja penyusunan meja, kerusi dan pondok, Kerja penyusunan pokok bunga (Unit Ladang), Kerja dekorasi latar pentas bermula.
12.00 : Bersurai

02.30 : Syarikat Buku, Syarikat Kompute, Perpustakaan dan agensi lain mula mendekorasi pondok masing-masing
05.00 : Berakhirnya kerja mendekorasi (pihak
yang terlibat dibenarkan pulang)

11 Oktober 2008 (Sabtu)
09.00
: Ketibaan para pelajar
09.10
: Ketibaan para pensyarah
09.15 : Ketibaan Profesor Madya Dr Jamil bin Hamali
09.30
: Bacaan Doa
:
Ucapan Aluan Ketibaan
: Ucapan Perasmian Profesor Madya Dr Jamil
:
Pembentangan Multimedia
: Penyampaian cenderahati
:
Tetamu jemputan melihat sekitar pameran InformIce
10.30
: Jamuan ringan
12.30
: Pameran, Pertandingan dan bengkel bermula
05.00
: Pameran, Pertandingan dan bengkel berakhir
05.30
: Bersurai

Hadiah diberikan bagi pemenang pertandingan Multimedia Challenge

Alhamdulillah, aktiviti ini telah dilaksanakan dengan sempurna dengan bantuan daripada AJK dan pensyarah terlibat. Ribuan terima kasih pengarang ucapkan kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Sekian...


Program Cabaran INFORMS Boleh! Mendaki Gunung Kinabalu Sempena Sambutan UiTM ke-51


Salam kepada semua Blogger,

Aktiviti yang pengarang ingin kongsi bersama adalah aktiviti terakhir Persatuan INFORMS pada tahun lepas iaitu Program Cabaran INFORMS Boleh! Mendaki Gunung Kinabalu dimana aktiviti tersebut dijalankan selama 9 hari iaitu dari 20 November 2008 (Khamis) sehingga 28 November 2008 (Jumaat) di Kota Kinabalu, Sabah.

Seramai 15 orang yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini iaitu 11 orang pelajar dan 4 orang pegawai pengiring. Program ini telah dirasmikan oleh En. Abdul Jalil Bin Lob selaku Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA negeri Sarawak. Terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada Timbalan Pengarah HEP kerana telah meluluskan aktiviti tersebut serta mencuri sedikit masa bagi merasmikan majlis ini. Majlis perasmian ini telah diadakan pada:

Tarikh : 20 November 2008
Masa : 10:30 pagi
Tempat : Anjung Seri

Berikut adalah Aturcara Program yang telah dijadualkan. Programnya adalah seperti berikut:

20 November 2008 (Khamis)
10.30 pagi : Ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar
07.00 petang : Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
09.30 petang : Berlepas ke Kota Kinabalu, Terminal 2.
11.10 malam : Sampai di Kota Kinabalu, Terminal 2.
11.30 malam : Bertolak ke UiTM Menggatal, Sabah.

21 November 2008 (Jumaat)
08.00 pagi : Lawatan ke sekitar Kampus UiTM Sabah.
02.00 petang : Lawatan ke Universiti Malaysia Sabah.
06.00 malam : Makan malam di Kota Kinabalu.
08.30 malam : Bertolak balik ke UiTM Menggatal, Sabah

22 November 2008 (Sabtu)
08.00 pagi : Menaiki feri ke Labuan.
02.00 petang : Lawatan ke sekitar Labuan.
06.00 malam : Menaiki feri pulang ke Kota Kinabalu.
08.30 malam : Bertolak balik ke UiTM Menggatal, Sabah.

23 November 2008 (Ahad)
06.00 pagi : Bertolak ke Ranau.
08.00 pagi : Bertolak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ranau.
10.00 petang : Khidmat Masayrakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ranau.
03.00 petang : Sukaneka dengan penduduk kampong.
06.00 malam : Rehat.

24 November 2008 (Isnin)
10.00 petang : Khidmat Masayrakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ranau.
03.00 petang : Gotong-royong bersama penduduk kampong.
06.00 malam : Rehat.

25 November 2008 (Selasa)
06.00 pagi : Bertolak ke Base Camp (Pendaftaran peserta).
08.00 pagi : Memulakan pendakian Gunung Kinabalu.
10.00 petang : Pendakian Gunung Kinabalu diteruskan.
04.00 petang : Dijangka tiba ke Laban Rata.
06.00 pagi : Rehat.

26 November 2008 (Rabu)
02.00 pagi : Bertolak ke Puncak Gunung Kinabalu.
08.00 pagi : Memulakan perjalanan turun ke Gunung Kinabalu.
10.00 petang : Dijangka tiba ke Base Camp.
05.00 malam : Bermalam di Kundasang.

27 November 2008 (Khamis)
08.00 pagi : Lawatan ke “Kundasang Memorial Park”.
10.00 tengahari : Lawatan ke Ladang The Kundasang.
12.00 petang : Makan tengahari di Kundasang.
02.00 petang : Lawatan ke “Pouring Hot Spring”.
06.00 petang : Lawatan ke “Dairy Farm” (Ladang Susu)
08.30 malam : Bermalam di Kundasang.

28 November 2008 (Jumaat)
09.30 pagi : Bertolak ke Kota Kinabalu.
10.00 tengahari : Membeli-belah di Kota Kinabalu.
12.00 petang : Makan tengahari di Kota Kinabalu.
02.00 petang : Bertolak ke Terminal 2, Kota Kinabalu.
06.00malam : Menaiki pesawat ke Kuching.

Mengambil foto sebelum pendakian


Baru Memulakan Pendakian

Penasihat atau Ketua Projek aktiviti ini adalah En. Mohd Zafian Bin Zawawi. Beliau sebelum ini berpengalaman menaiki Gunung Kinabalu. Jadi, segala arahan yang beliau berikan perlu di patuhi sepenuhnya oleh anak buah. Atas segala panduan yang telah diberikan akhirnya lebih separuh daripada kami telah berjaya menawan Gunung Kinabalu di kilometer 8.72 iaitu ketinggian 4095.2 M. Sebahagian yang tidak berjaya adalah kerana faktor kesihatan dan telah dinasihatkan oleh pihak penjaga atau 'guard' supaya tidak mendaki atas faktor keselamatam. Maka, mereka terpaksa akur walaupun terdetik rasa marah dan kecewa kerana terpaksa berhenti separuh jalan. Walaupun ada yang tidak berjaya mendaki sehingga ke puncak, tapi semangat tidak mudah mengalah dan keazaman setiap pendaki adalah lebih penting kerana kesemuanya berjaya mendaki hingga ke Panar Laban di kilometer 6 iaitu ketinggian mencecah 3314.4 M.


Antara wajah-wajah yang berjaya ke puncak...

Tahniah diucapkan kepada semua pendaki yang telah mendaki di dalam program ini. Akhirnya segala keringat dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh semua pendaki berhasil dengan mendapat sekalung Sijil Penghargaan daripada pihak Gunung Kinabalu.

Syukur akhirnya sudah di hujung ekspedisi

Akhir kata, Pengarang menadah tangan memanjat kesyukuran dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Program ini banyak memberi manfaat dan faedah kepada semua peserta yang terlibat dan di harap program–program seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang.

“INFORMS BOLEH”