Saturday, January 10, 2009

Pelancaran Blog Informatic Zone...


Salam kepada INFORMS group dan kepada semua yang melayari blog Informatic Zone,

Di harap blog ini dapat memberi manfaat kepada semua INFORMS Group samada di kalangan pelajar mahupun pensyarah. Jadi, pembukaan Blog Informatic Zone ini adalah pada 10 Januari 2009 di mana tujuannya adalah seperti berikut:
  1. Melakukan proses 'back up' atau menukar fail aktiviti persatuan daripada manual ke dalam bentuk elektronik.
  2. Mengemaskini program yang telah di jalankan oleh Persatuan INFORMS, UiTM Sarawak.
  3. Mendedahkan segala aktiviti yang telah di jalankan oleh Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Sarawak.
  4. Berkongsi cerita baru mengenai kecemerlangan pelajar dan pensyarah di dalam Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Sarawak dari segi akademik dan kurikulum di mana INFORMS group boleh memberi respon atau penghargaan atas kejayaan tersebut.
  5. Memberi peluang kepada para pelajar INFORMS bagi memberi respon, komen atau cadangan mengenai aktiviti yang telah dan akan dijalankan.
  6. Memanfaatkan penggunaan sistem elektronik dengan menggunakan Blog sebagai penghubung dan mengeratkan ikatan silaturrahim di antara pelajar dan pensyarah.
Di harapkan Blog Informatic Zone ini dapat memberi banyak manfaat kepada INFORMS group mahupun pelayar Blog sekalian.

Sekian, Terima Kasih

Encik Mohd Rafiz Bin Salji
Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Sarawak
Selaku Penasihat Persatuan INFORMS

No comments: