Sunday, January 11, 2009

Program InformICE (Information and Communication Expo)

Salam kepada semua warga INFORMS,

Kali ini pengarang ingin berkongsi cerita tentang program kedua yang diadakan di dalam Kampus pada sesi Julai - Disember 2008. Program ini bertajuk InformICE yang lebih memberi penekanan kepada program berbentuk akademik. Yang menariknya di sini adalah program ini merupakan kombinasi daripada 3 program menjadi 1. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan maklumat serta sumber-sumber maklumat yang ada di sekeliling kita. Ketiga-tiga program tersebut adalah Pameran Informasi, Cabaran Maklumat dan Bengkel Eksplorasi IT. Kumpulan Sasaran adalah para pensyarah, pelajar UiTM dan juga pelajar sekolah menengah dan rendah di sekitar Kota Samarahan.

Ketiga-tiga program ini telah dirasmikan di Perkarangan pelajar. Aturcara program adalah seperti berikut:

10 Oktober 2008 (Jumaat)
09.00 : Semua ahli jawatankuasa dan tenaga sokongan berkumpul
09.30 : Kerja pembersihan Dewan Ju
bli, Kerja penyusunan meja, kerusi dan pondok, Kerja penyusunan pokok bunga (Unit Ladang), Kerja dekorasi latar pentas bermula.
12.00 : Bersurai

02.30 : Syarikat Buku, Syarikat Kompute, Perpustakaan dan agensi lain mula mendekorasi pondok masing-masing
05.00 : Berakhirnya kerja mendekorasi (pihak
yang terlibat dibenarkan pulang)

11 Oktober 2008 (Sabtu)
09.00
: Ketibaan para pelajar
09.10
: Ketibaan para pensyarah
09.15 : Ketibaan Profesor Madya Dr Jamil bin Hamali
09.30
: Bacaan Doa
:
Ucapan Aluan Ketibaan
: Ucapan Perasmian Profesor Madya Dr Jamil
:
Pembentangan Multimedia
: Penyampaian cenderahati
:
Tetamu jemputan melihat sekitar pameran InformIce
10.30
: Jamuan ringan
12.30
: Pameran, Pertandingan dan bengkel bermula
05.00
: Pameran, Pertandingan dan bengkel berakhir
05.30
: Bersurai

Hadiah diberikan bagi pemenang pertandingan Multimedia Challenge

Alhamdulillah, aktiviti ini telah dilaksanakan dengan sempurna dengan bantuan daripada AJK dan pensyarah terlibat. Ribuan terima kasih pengarang ucapkan kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Sekian...


1 comment:

  1. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ajk informs yang membantu saya dalam memastikan kelancaran program InformIce. Saya berharap ajk yang lama dapat belajar daripada kesilapan dan kelemahan yang ada. Wasalam

    ReplyDelete